Showing posts with label Belanjawan Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Belanjawan Sarawak. Show all posts

Thursday, October 14, 2021

Budget Negeri Sarawak 2022 Dan Keluarga B40 - Adakah Masih Ada Lagi Harapan Untuk Keluarga B40?

Budget Negeri Sarawak 2022 Dan Keluarga B40 - Adakah Masih Ada Lagi Harapan Untuk Keluarga B40?

 


Pengampu dikalangan ADUN GPS, lebih-lebih lagi pengampu dari PBB memuji tak terhingga mengenai bajet 2022 yang telah diumumkan oleh KM Abang Johari. Kata kata seperti pemangkin untuk pembangunan di kawasan luar bandar, perihatin rakyat, warga luar bandar tidak dibelakangkan dan sebagainya diguna dengan sewenang-wenang nya.

Statistik Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk tahun 2020 mendedahkan bahawa terdapat sebanyak 443,000 keluarga B40 di Sarawak. Jumlah ini merupakan 63% daripada kesemua keluarga di Sarawak, berdasarkan penduduk Sarawak yang dianggarkan sebanyak 2.8 juta pada masa ini.

Untuk meringankan beban keluarga B40 semasa pandemik Covid-19 iaitu dari bulan Mac 2020 sehingga kemasukan Plan Pemulihan Nasioanl pada bulan Oktober 2022, kerajaan Sarawak telah menyediakan 7 pakej bantuan yg dinamakan pakej Bantuan Khas Sayangku Sarawak. Salah satu daripada bantuan dalam pakej BKSS.1 - BKSS.6 merupakan bantuan dalam bentuk tunai sebanyak RM500. Bantuan ini diberi secara langsung dan terus kepada keluarga B40.

Pakej BKSS juga terdapat dalam bajet negeri Sarawak 2022. Sebanyak RM285.47 diperuntukan didalam pakej ini tetapi kali ini tidak terdapat bantuan tunai secara langsung kepada keluarga B40. Bantuan tunai ini amat penting terutama sekali menjelang pembukaan tahun akademik 2022. Permulaan tahun 2022 merupakan  masa dimana keluarga B40 amat tertekan dengan pembelanjaan berkaitan dengan pembukaan sekolah.

Kenapa kerajaan GPS Sarawak ambil keputusan untuk tidak lagi menyediakan bantuan tunai kepada keluarga B40 dalam bajet 2022? Sukar sangat untuk keluarga menghadapi cabaran norma baru dan mereka dijangka memerlukan bantuan sekurang kurang dalam 6 bulan pertama di tahun 2022.

Dibawah tujahan stratigik ke-4 bajet 2022, terdapat kenyataan bahawa kerajaan Sarawak akan berusaha mengubah dan memodenkan masyarakat luar bandar dan sektor pertanian diluar bandar. Salah satu daripada objektif didalam tujahan ini ialah untuk menjadikan Sarawak sebagai pengekspot bahan makan menjelang tahun 2030.

Tahun 2030 adalah tahun dimana Sarawak diharap akan mencapai status negera maju.

Wang sebanyak RM134 juta telah diperuntukan demi mencapai objektif dibawah tujahan ini namun ada tanda tanda bahawa sebahagian besar daripada peruntukan itu akan disalur kepada agropark dikawasan tertentu sahaja. Persoalan nya sekarang ialah macam mana transformasi masyarakat luar bandar dan ekonomi luar bandar bolih dicapai jika tidak peruntukan khas untuk tujuan tujuan itu? Keluarga B40 terdapat di semua kawasan luar bandar, bukan saja di Spaoh, atau di Sarikei atau di Sadong Jaya.

Daripada peruntukan sebanyak RM1.18 biliun yang disediakan untuk infrastruktur, berapa kah akan diguna untuk membangun jalan raya dikawasan luar bandar supaya ada rangkaian penyambungan dengan bandar bandar dan pekan? Ini tidak disebut dalam bajet 2022. Tanpa jalan raya yang bagus memang sukar untuk petani di luar bandar perolihi manfaat yang tinggi dari hasil kebun mereka. Tanpa pejabat pertanian kerajaan, sukar untuk petani luar bandar memperolehi pengatahuan dan kepintaran berkenaan amalan terbaik dalam bidang pertanian? Tanpa bantuan kerajaan seperti subsidi harga macam mana petani luar bandar boleh menangani cabaran harga hasil pertanian yang tidak menentu? Tidak ada sebarang kenyataan berkaitan dengan masalah dan cabaran ini didalam bajet 2022. Jadi, atas dasar apa pengampu pengampu dalam GPS bolih berkata bahawa bajet Sarawak 2022 adalah yang terbaik sekali?

Sarawak Budget 2022 And The B40 Households - Are Our Rural Based B40 Households Doomed?

 Sarawak Budget 2022 And The B40 Households - Are Our Rural Based B40 Households Doomed?




The sycophants among GPS ADUNs, especially from PBB, is filled with praises for CM Abang Johari’s 2022 Sarawak state budget. Phrases like catalyst for rural development, people-centric, people’s interest at heart, rural people not left out are freely thrown around.

Bantuan Sara Hidup (BSH) statistics on recipients in 2020 Sarawak has some 443,000 households categorised as B40 households. That is roughly equivalent to 63% of the total households in Sarawak based on a population of 2.8 million people and are mostly rural based.

To help lighten their burden during the critical phase of Covid.19 pandemic, roughly from March 2020 and up to the commencement of national recovery phase in Oct 2022, the Sarawak government has 7 aid packages ( BKSS.0 to BKSS.7) in which one of the aid is a direct cash aid of RM500 to the B40 households. 

The BKSS aid package continue to feature in the 2022 state budget, with an allocation of RM285.47 million but this time there is no mention of the direct cash aid of RM500.00. This aid is critical to B40 households as year 2021 is fast coming to an end. The start of 2022 will also be the start of the new school year, a time when the unavoidable expenses relating to schools will have to be taken care of.

Why did the Sarawak’s GPS government decided not to make an allocation for the cash aid? It will be another 6 months at least before these B40 families are able to get back on their feet, provided there are no more movement control orders (MCO) to reckon with.

Under Strategic Thrust 4, there is a mention about transforming agriculture and rural communities and one of the aim here is to be a net food exporter by 2030. That is the year Sarawak is slated to achieve the developed status. The budget made an allocation of RM134 million towards the stated objectives but it seems the allocation is targeting mostly agroparks in a few selected areas. How can you transform rural economy and rural agriculture if you have no specific provisions for the activities that will transform it. The B40 households are all over Sarawak, not just in Spaoh or Sarikei or Sadong Jaya.

Of the RM1.18 billion allocated for infrastructure, how much is allocated for road connectivity for rural communities? There is no mention of it. Without a network of road connectivity, it is impossible for4 rural folks get the maximum value from their farm produce. Without titles to their NCR land, it would be almost impossible for them to monetise their land. Without gov’t owned agriculture offices in rural-urban areas, how can farmers acquire knowledge about best farm practices. Without subsidies to farm prices, how can small rural farmers weather the fluctuation in prices for seasonal crops? There is nothing said in the budget about these things so how can someone say it is a people-centric budget and rural folks will not be left behind?

Tuesday, October 12, 2021

DUN vs Balai Raya- GPS Ngaga Diri Enda Nemu Utai.

 DUN vs Balai Raya- GPS Ngaga Diri Enda Nemu Utai.




Bisi siti pekara ke bangat ngasuh kitai maioh runding, utai ke nyadi nya tadi nyau udah ngikis utai ke benama demokrasi ia ke udah diperandau serta udah diberi sida jaku pemutus. Belanja Negeri Sarawak 2022 nyau udah dikemendarka maya sida ngaga gempuru berandau ba balai raya (BCCK), lalu maya sida ya ngerandau ke nya, mimit pan sida nadai belaban jaku tauka belaban penemu. Enti kitai berati, gempuru randau ke digaga sida nya nadai reti, ka bebaka sida berandau ba kedai ngupi aja. Kengka nya, bisi ga keduak orang ke ba kedai kupi nya ninga serta meda randau ruai ia ke ditusi tauka dipadah Abang Jo ngagai bala sida ADUN GPS ia ke bekait enggau belanja nya tadi.

Kitai endang  sigi nemu, laban ke menoa Sarawak tu tadi benung ditinggang penusah ianya benung Darurat, belanjawan tu tadi nyau dikemendarka pia aja enggau mudah lalu nadai nerima randau ari orang bukai. Utai ke nyadi tu semina salah siti ari pemilih ke dua iti, pemilih ke bukai ianya Yang Dipertuan Agung ngambika meri pemendar ngambika majlis khas DUN dipejalaika ungkup tuju ti sama.

Nama kini runding tauka ajar ngagai orang Sarawak ari utai ke nyadi serta pekara tu endang ngemaluka kitai Sarawak? Nyadi, runding enggau ajar ngagai kitai, ianya: Perintah ulih ngaga pengawa peneka ati ngagai kitai lalu, salah ari, utai ke digaga sida nya nadai mai penyenang ngagai kitai, sida semina enggau sesenang madahka menua kitai tu darurat lalu nangguhka DUN serta semina ngaga pemutus utai ke beguna bendar ba balai raya, dikena sida ngeluluska pemendar ari utai ke deka digaga sida.

Kelimpah ari nya, bisi siti pekara agi ke beguna ianya, maya 12 Oktober 2021, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah madah, musin bepilih nyau deka datai enda lama agi.

Kitai sama bela nemu, DUN nyau enda buka laban menoa kitai benung diberi perintah Darurat 2021, ia ke dikumbai ulih ngurangka penyakit ke ngerekai tauka dikena ngelak Kelompok DUN Covid-19 nyadi. Kitai mega nemu, bala sida Ahli Dewan Undangan Negeri ianya orang keterubah ia ke dicucuk vaksin Covid-19. Nambah mega, enggau SOP ia ke dititih ripih, DUN patut ia nyadi endur ke pemadu selamat lalu pengerai sida mega ulih disebut kitai dijamin. Nya meh kebuah, amat alit ati maya sida madah, sida enda ulih membentang tauka bejaku pasal belajawan ba DUN.  Kebendar ia, sida endang sigi ngelak deka bejakuka pasal belanja nya laban belanja nya kebendar ia deka diguna sida GPS ungkup utai bukai ngambika sida menang maya PRN-12 ila lalu ulih nyadi megai perintah baru.

Siti pekara ke bekait enggau belanjawannya ia ke terang dipeda kitai, lalu kitai nemu reti kini kebendar ia sida nguna nya ianya laban deka nagih tauka minta sukung ari pengundi-pengundi baka ngaga bantuan khas ngagai bala sida penjawat awam negeri serta penjawat awam persekutuan Sarawak. Pemjawat awam negeri kenu ko deka diberi bantu nyampau sebulan setengah gaji. Enti kitai manding, ruang bilik B40 semina nerima RM500 ari pakej BKKS ia ke udah. Tang, taja pia, ba BKKS 8.0, ruang bilik B40 nadai diberi agi. Dalam nya mega, kitai ninga orang ke positif Covid-19 ninting ari nyau udah nurun ngagai  834, sebedau tu ke semampai ba renggat 4 iti lumur. Jaku mudah, GPS nyau udah sedia diri dikena sida nempuh PRN-12 ia ke dijangka sebdau bulan 12 2021, lalu mega sida deka ngilakka gelombang undi 18.

Aram meh rayat Sarawak, aram kitai sama angkat lalu dani. Perintah GPS, perintah ia ke enda betanggungjawab. Nya alai, kitai mesti besatu ati ngelaban parti tu ngambika sida enda enda menang lalu enda ulih ngaga perintah baru ba taun baru tu ila. Ba ke penudi tu, sida ia semina bejalaika macama chara pengawa laban ke deka menang. Amat tambab kitai enti kitai agi deka makai umpan ari sida- Mata ginti, garis enggau umpan ke tenggelam, enti kitai agi ngelakka utai nya nyadi.

DUN Vs Balai Raya - Kepura-puraan GPS.

 DUN Vs Balai Raya - Kepura-puraan GPS.

 

                           Belanjawan Sarawak, BCCK, dihadiri KM dan Ahli DUN GPS


Satu insiden yang amat merunsingkan, kerana ianya mengikis asas amalan demokrasi yang telahpun ditetapkan semalam. Belanjawan negeri Sarawak 2022 diluluskan dalam taklimat yang diadakan di balai raya (BCCK), tanpa perdebatan.  Tiada bezakan jika 'Mesyuarat khas' tersebut diadakan di sebuah kedai kopi.  Sekurang-kurangnya beberapa pelanggan kedai akan menyaksikan taklimat dan mendengar  apa yang Abang Jo katakan kepada penonton ADUN GPS yang berkaitan dengan bajet tersebut.

Kami mengakui bahawa dalam keadaan Darurat, belanjawan dapat diluluskan tanpa perbahasan. Ini adalah salah satu daripada dua pilihan, manakala, yang lain adalah untuk memilih Yang Dipertuan Agung untuk memberikan persetujuan untuk mengadakan majlis khas DUN untuk tujuan yang sama.

Apakah pengajaran untuk orang Sarawak daripada episod yang amat memalukan dalam sejarah Sarawak ini? Pengajarannya adalah: Bila-bila masa kerajaan ingin melakukan sesuatu yang mereka ketahui sebelumnya tidak menyenangkan rakyat, mereka hanya perlu mengumumkan Darurat dan menangguhkan DUN dan mengadakan pertemuan di balai raya, untuk menyetujui apa pun yang mereka perlukan diluluskan.

Penting juga untuk diperhatikan di sini bahawa, dalam satu kenyataan bertarikh 12 Oktober 2021, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mengatakan bahawa tidak mustahil pilihan raya negeri akan diadakan tidak lama lagi.

DUN ditangguhkan sesuai dengan ketentuan Darurat Sarawak 2021, yang diduga dapat menghalang kelompok DUN Covid-19. Seperti yang kita ketahui, Ahli Dewan Undangan Negeri adalah orang yang pertama menerima suntikan vaksinasi covid-19. Malah, ditambah dengan SOP yang betul, akan menjadikan DUN tempat yang selamat bagi ahli-ahlinya dan boleh dikatakan kesihatan mereka juga terjamin jika mereka bersidang. Oleh itu, jelas sekali bahawa alasan untuk tidak membentangkan belanjawan di DUN hanyalah untuk mengelakkan belanjawan dibahaskan kerana belanjawan itu dibuat untuk membantu GPS memenangi PRN-12 berikutnya dan kekal sebagai Kerajaan.

Satu perkara dalam belanjawan yang jelas menunjukkan bahawa ianya hanyalah digunakan untuk  misi meraih sokongan dari pengundi-pengundi adalah bantuan khas kepada penjawat awam negeri dan penjawat awam persekutuan Sarawak. Penjawat awam negeri akan mendapat bantuan sebanyak satu bulan setengah gaji. Sebagai perbandingan, ketua isi rumah B40 hanya menerima RM500 daripada siri pakej BKSS yang lepas. Namun demikian, dalam BKSS 8.0 sudah tiada lagi peruntukkan untuk keluarga B40. Secara kebetulan, angka positif Covid-19 baru setiap hari untuk semalam telah menurun kepada 834, setelah berada di tahap 4 digit dalam jangka masa yang panjang.  Ringkasnya, GPS telah berusaha menyediakan rakyat Sarawak untuk PRN-12 diadakan sebelum akhir Disember 2021, untuk mengelakkan gelombang Undi 18.

Wahai warga Sarawak, marilah kita bersama-sama bangun dari tidur kita. Kerajaan GPS adalah kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Maka, kita harus tidak membenarkan Parti ini memenangkan diri mereka di PRN-12 yang akan datang dan membentuk kerajaan negeri yang seterusnya. Di saat akhir begini, mereka hanya merancang untuk menang. Kita akan menjadi orang yang cukup bodoh untuk menelan umpan daripada mereka - Mata pengail, garis, dan tenggelamnya umpan, jika kita membiarkan perkara ini berlaku.