Sunday, October 2, 2022

Kegagalan Kerajaan Persekutuan DiDalam Isu Pendidikan Tinggi

Kegagalan Kerajaan Persekutuan DiDalam Isu Pendidikan Tinggi





Kegagalan kerajaan PN dan seterusnya kegagalan kerajaan Keluarga Malaysia didalam bidang pendidikan yang amat sukar difahami terutama sekali didalam isu kemasukan pelajar baru ke universiti awam telah menjadi bahan yang mengapi-api kan kemarahan banyak pelajar dan juga ibu bapa mereka. Khususnya, sangat sukar untuk difahami kenapa kerajaan persekutuan seolah olah tidak tahu berapa banyak permohonan untuk masuk de universiti awam di Malaysia diterima setiap tahun dan implikasinya keatas keupayaan universiti universiti terima kesemua pemohon yang berkhalayakan.

Kegagalan kerajaan persekutuan Keluarga Malaysia, terzahir dan ternyata didalam kegagalan Menteri Pengajian Tinggi dan juga didalam kegagalan Menteri Pendidikan Malaysia menjadi jelas apabila Menteri Pendidikan Dr. Radzi Jidin mengeluarkan satu kenyataan kerkenaan dengan isu ini pada 29hb Sept 2022.

Mengikut kenyataan beliau yang nampaknya dibuat susulan kemarahan banyak pemohon dan juga dari ibu bapa mereka yang juga sedang marah kerana permohonan mereka masuk ke universiti awam untuk menyambung pendidikan mereka ditolak oleh UPU. Mengikut kenyataan dari menteri berkenaan itu, terdapat sebanyak 71,615 tempat keseluruhan untuk pelajar baru didalam 20 universiti awam yang terdapat di Malaysia. Ini bermakna, sebagai purata, setiap universiti awam hanya ada 3580 tempat untuk pelajar baru. Bagi tahun akademik 2022/2023 UPU telah terima sebanyak 115,477 permohon dari yang berkhalayakan dan ini bermakna sebanyak 43,862 pemohon akan secara otomatik disingkir oleh UPU. Soalan yang timbul sekarang ialah kenapa Kementerian Pendidikan lansung tidak ambil tahu masalah ini dan ambil inisiatif untuk menangani masalah yang serius ini? Penduduk Malaysia pada tahun 2022 dijangka sebanyak 32.7 juta dengan kadar bertumbuhan tahunan sebanyak 0.2 %.

https://www.thevibes.com/articles/education/72832/stiff-competition-limited-spots-mohe-shares-factors-of-upu-rejections

https://www.nst.com.my/news/nation/2022/09/835489/mohe-no-such-thing-quota-or-cable?utm_source=dable

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/08/29/um-students-union-reject-failed-minister-for-higher-education-ministry/

Diantara masalah asas yang dihadapi barisan perancang didalam kementerian pendidikan di Malaysia ialah masalah pelajar yang pilih untuk keluar dari system pendidikan selepas peperiksaan SPM. Banyak sebab dan punca punca disebut tetapi ada satu punca yang tidak dapat dinafikan iaitu kesusahan masuk ke universiti awam untuk melanjut pelajaran dan juga kos pendidikan tinggi yang semakin diluar kemampuan banyak keluarga di Malaysia.

https://www.thevibes.com/articles/education/67869/spm-dropout-trend-reaches-alarming-level-experts-call-for-urgent-solutions

Jelas sekali jumlah pendukuk Malaysia kian bertambah dan dengan ketambahan penduduk datang lah pemintaan yang juga bertambah untuk servis awam yang penting seperti pendidikan. Jadi bagaimana masalah yang sangat asas ini boleh terlepas pandang oleh kerajaan dan perancang perancang didalam perkhidmatan awam? Macam mana berlakunya menteri menteri didalam kerajaan Keluarga Malaysia nampak macam tidak mempunyai kemahiran dan kepintaran untuk memastikan kementerian berkenaan berfungsi dengan penuh efisen dan cekap?

Ada satu pengajaran yang pengundi pengundi perlu ambil iktibar daripada kegagalan kerajaan dan ini sangat sangat bermakna kepada golongan pengundi di dalam kumpulan yang diberi gelaran kumpulan 1828 iaitu kumpulan pengundi yang berumur diantara 18 tahun ke 28 tahun. Dijangka banyak dari golongan pengundi ini yang juga merupakan pemohon yang gagal dalam usaha mereka masuk ke universiti awamn untuk melanjut pendidikan. Kerajaan Keluarga Malaysia dan mana mana parti politik atau gabungan parti politik terutama sekali UMNO/BN dan juga sekutu mereka, yang jelas sekali telah gagal dengan teruk sekalim pada masa yang lalu tapi masih berimpian jadi kerjaan pusat selepas PRU.15 mesti ditolak didalam PRU.15 yang akan datang. Ini bermakna anak anak Sarawak tidak ada pilihan lain selain dari menolak dengan sepenuh penuh nya GPS atau Gabungan Parti Sarawak kerana GPS adalah diantara penyokong BN/UMNO yang paling besar dan setia.

No comments:

Post a Comment