Thursday, October 14, 2021

Budget Negeri Sarawak 2022 Dan Keluarga B40 - Adakah Masih Ada Lagi Harapan Untuk Keluarga B40?

Budget Negeri Sarawak 2022 Dan Keluarga B40 - Adakah Masih Ada Lagi Harapan Untuk Keluarga B40?

 


Pengampu dikalangan ADUN GPS, lebih-lebih lagi pengampu dari PBB memuji tak terhingga mengenai bajet 2022 yang telah diumumkan oleh KM Abang Johari. Kata kata seperti pemangkin untuk pembangunan di kawasan luar bandar, perihatin rakyat, warga luar bandar tidak dibelakangkan dan sebagainya diguna dengan sewenang-wenang nya.

Statistik Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk tahun 2020 mendedahkan bahawa terdapat sebanyak 443,000 keluarga B40 di Sarawak. Jumlah ini merupakan 63% daripada kesemua keluarga di Sarawak, berdasarkan penduduk Sarawak yang dianggarkan sebanyak 2.8 juta pada masa ini.

Untuk meringankan beban keluarga B40 semasa pandemik Covid-19 iaitu dari bulan Mac 2020 sehingga kemasukan Plan Pemulihan Nasioanl pada bulan Oktober 2022, kerajaan Sarawak telah menyediakan 7 pakej bantuan yg dinamakan pakej Bantuan Khas Sayangku Sarawak. Salah satu daripada bantuan dalam pakej BKSS.1 - BKSS.6 merupakan bantuan dalam bentuk tunai sebanyak RM500. Bantuan ini diberi secara langsung dan terus kepada keluarga B40.

Pakej BKSS juga terdapat dalam bajet negeri Sarawak 2022. Sebanyak RM285.47 diperuntukan didalam pakej ini tetapi kali ini tidak terdapat bantuan tunai secara langsung kepada keluarga B40. Bantuan tunai ini amat penting terutama sekali menjelang pembukaan tahun akademik 2022. Permulaan tahun 2022 merupakan  masa dimana keluarga B40 amat tertekan dengan pembelanjaan berkaitan dengan pembukaan sekolah.

Kenapa kerajaan GPS Sarawak ambil keputusan untuk tidak lagi menyediakan bantuan tunai kepada keluarga B40 dalam bajet 2022? Sukar sangat untuk keluarga menghadapi cabaran norma baru dan mereka dijangka memerlukan bantuan sekurang kurang dalam 6 bulan pertama di tahun 2022.

Dibawah tujahan stratigik ke-4 bajet 2022, terdapat kenyataan bahawa kerajaan Sarawak akan berusaha mengubah dan memodenkan masyarakat luar bandar dan sektor pertanian diluar bandar. Salah satu daripada objektif didalam tujahan ini ialah untuk menjadikan Sarawak sebagai pengekspot bahan makan menjelang tahun 2030.

Tahun 2030 adalah tahun dimana Sarawak diharap akan mencapai status negera maju.

Wang sebanyak RM134 juta telah diperuntukan demi mencapai objektif dibawah tujahan ini namun ada tanda tanda bahawa sebahagian besar daripada peruntukan itu akan disalur kepada agropark dikawasan tertentu sahaja. Persoalan nya sekarang ialah macam mana transformasi masyarakat luar bandar dan ekonomi luar bandar bolih dicapai jika tidak peruntukan khas untuk tujuan tujuan itu? Keluarga B40 terdapat di semua kawasan luar bandar, bukan saja di Spaoh, atau di Sarikei atau di Sadong Jaya.

Daripada peruntukan sebanyak RM1.18 biliun yang disediakan untuk infrastruktur, berapa kah akan diguna untuk membangun jalan raya dikawasan luar bandar supaya ada rangkaian penyambungan dengan bandar bandar dan pekan? Ini tidak disebut dalam bajet 2022. Tanpa jalan raya yang bagus memang sukar untuk petani di luar bandar perolihi manfaat yang tinggi dari hasil kebun mereka. Tanpa pejabat pertanian kerajaan, sukar untuk petani luar bandar memperolehi pengatahuan dan kepintaran berkenaan amalan terbaik dalam bidang pertanian? Tanpa bantuan kerajaan seperti subsidi harga macam mana petani luar bandar boleh menangani cabaran harga hasil pertanian yang tidak menentu? Tidak ada sebarang kenyataan berkaitan dengan masalah dan cabaran ini didalam bajet 2022. Jadi, atas dasar apa pengampu pengampu dalam GPS bolih berkata bahawa bajet Sarawak 2022 adalah yang terbaik sekali?

No comments:

Post a Comment