PANAS !!! Ayob Khan dedah 9 pegawai, anggota penguatkuasa jual balik dadah yang sudah dirampas pada pengedar
Ayob Khan dedah 9 pegawai, anggota penguatkuasa jual balik dadah yang sudah dirampas pada pengedar. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket pengedaran dadah didalangi sembilan penguat kuasa dalam serbuan berasingan di sekitar Johor dan Putrajaya.
Turut bersekongkol, seorang lagi ahli sindiket iaitu nelayan berusia 29 tahun yang ditahan dalam serbuan pada 6 Mac hingga 8 Mac lalu.
Malah, saringan awal polis mendapati empat penguat kuasa itu positif dadah jenis methamphetamine.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan mendapati sembilan penjawat awam berusia antara 33 hingga 49 tahun itu didapati bertugas di sebuah agensi penguat kuasa di Putrajaya.
Katanya, modus operandi sindiket dengan menjual 50 kilogram (kg) dadah jenis syabu yang dirampas dalam satu operasi di perairan Selat Melaka yang cuba diseludup oleh sindiket bergerak aktif di Banting, Selangor untuk pasaran di Dumai, Indonesia.
“Bagaimanapun, dadah itu dirampas namun dijual kepada pengedar dadah di negeri di utara Semenanjung.
“Sindiket ini dipercayai mula bergiat aktif sejak pertengahan Februari lalu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Menurut Ayob Khan, JSJN turut merampas 5.37 kg dadah jenis syabu bernilai RM193,590.
Siapa dalang dan siapa yang buat untung?
No comments:
Post a Comment