Tuesday, March 1, 2022

26 Senarai Pelepasan Cukai 2021 Yang Kena Tahu

 

Nak Isi e-Filing 2022, Ini Panduan Lengkap Untuk Beginner. Ini 26 Senarai Pelepasan Cukai 2021 Yang Kena Tahu.



Setiap tahun rakyat Malaysia diwajibkan membuat pentaksiran cukai mereka dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pada tanggal 1 Mac setiap tahun, mereka yang layak membayar cukai perlu mengisytiharkan pendapatan mereka dan membayar cukai yang sewajarnya .

Buat pengetahuan semua, e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui laman web rasmi LHDN iaitu https://ez.hasil.gov.my untuk log masuk ke Sistem ezHASiL.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi ezHASiL LHDNM mulai 1 Mac 2022.

Bagi yang pertama kali membuat pembayaran cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi ezHASiL LHDNM  ikuti langkah-langkah disedian di portal berkenaan.

LANGKAH 1

Layari laman web ezHASiL dan pergi ke menu Maklum Balas Pelanggan atau tekan sahaja link ni https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/

Kemudian klik pada bahagian Permohonan Nombor Pin e-Filing.


LANGKAH 2

Download Borang CP55D dan isi maklumat yang diperlukan.

Selepas isi dan tandangan, scan bersama IC anda dalam bentuk PDF.

Dokumen dah sedia, klik pilihan “Seterusnya”.


Di bawah ini ialah Contoh Borang CP55D (mesti dilampirkan sekali) & CP600B (Borang ini perlu dilampirkan jika alamat surat menyurat berbeza dengan IC. Jika tidak, tak perlu lampirkan).



LANGKAH 3

Isi maklumat yang diperlukan.

Pastikan alamat emel anda tepat kerana Pihak LHDN akan menghantar nombor rujukan ke emel anda.

Dah siap isi & upload dokumen yang diperlukan, klik “Hantar” dan Pihak LHDN akan memberi Nombor Pin untuk anda membuat semakan permohonan selepas 7 hari waktu bekerja.

LANGKAH 4

Login ke Portal e-filing ezHASiL di https://www.hasil.gov.my/ > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing

Cari e-BE Tahun Taksiran 2021 (rujuk gambar di bawah).

Isi maklumat diri dan juga pasangan.

Jikalau anda ada pasangan yang bekerja sangat disyorkan buat berasingan kerana ada beza yang ketara.


LANGKAH 5

Masukkan butiran peribadi dan tuntutan insentif (jika ada).


LANGKAH 6

Masukkan JUMLAH PENDAPATAN anda.

Boleh dapatkan jumlah pendapatan dari “EA Form” anda.

Kalau ada rumah sewa atau side income pon boleh diletakkan disini


LANGKAH 7

Masukkan pelepasan cukai anda.

Ada extra kerana Covid19 Tax Relief. (Refer “Special for 2020)

Sila rujuk senarai pelepasan cukai penuh di sini: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2021 Untuk e-Filing 2022

Ini ada 26 perkara pelepasan cukai yang anda kena tahu.














































LANGKAH 8

Semak rumusan.

Di sini anda akan tahu anda kena Tax pada kadar berapa % bergantung pada Pendapatan tolak Pelepasan Cukai ezHASiL.

Jadi sebab tu penting untuk kita simpan resit dan perbelanjaan yang boleh dituntut dalam pelepasan cukai nanti.










No comments:

Post a Comment