Monday, March 7, 2022

Senarai mereka yang layak menerima bayaran tambahan BKM dari RM300 hingga RM500

 


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan kewangan bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Syarat-syarat Kelayakan

BKM diberikan kepada golongan B40 dan M40, merangkumi kategori Isi Rumah, Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan dan Bujang. Berikut adalah syarat-syarat kelayakannya:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.


Kadar Bayaran BKM

Pembayaran BKM adalah berjumlah dari RM350 sehingga RM2,000 mengikut ketetapan khusus setiap kategori penerima. Jumlahnya adalah seperti berikut:


Manakala, pembayaran tambahan BKM juga diberikan kepada penerima isi rumah berikut:

  • Tambahan RM500: Penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  • Tambahan RM300: Penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas.


Semak Status Permohonan

Bagi yang telah membuat permohonan baru atau kemaskini permohonan, semakan status permohonan BKM boleh dibuat secara atas talian (online) di portal rasmi BKM. Ia boleh dilaksanakan dengan tatacara berikut:



  • Layari portal rasmi BKM – DI SINI;
  • Klik pada butang ‘Log Masuk BKM’;
  • Log masuk dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan;
  • Klik pada butang ‘Semakan Status’.
  • Status BKM akan dinyatakan.

 

Untuk pelbagai lagi maklumat terperinci dan lengkap berkenaan BKM, sila rujuk – DI SINI.







No comments:

Post a Comment