BNM kongsi cara tukar wang kertas yang rosak dan koyak
Ramai yang pernah mengalami situasi apabila hendak membayar di kaunter tiba-tiba wang kertas Ringgit Malaysia rosak atau terkoyak.
Penjual pula tidak mahu menerima wang kertas itu kerana dianggap tidak bernilai. Kita pula terkial-kial mencari wang lain sebagai ganti, itu pun kalau ada.
Jangan risau wang kertas yang rosak itu boleh ditukar.
Wang kertas yang rosak ini sebenarnya boleh ditukar di mana-mana cawangan bank yang berdekatan tetapi nilai pertukarannya bergantung pada keadaan wang kertas tersebut.
Bagaimana hendak tukar duit rosak itu?
Diberi ganti nilai pada hari yang sama
Bagi kes wang kertas rosak yang jelas nilainya, anda akan diberikan ganti nilai pada hari yang sama. Pertama, jika kesan koyakan lebih pada 2/3 daripada saiz asal wang kertas.
Namun, sekiranya wang tersebut kurang 1/2 daripada saiz asal, ianya sudah tidak bernilai lagi. Selain itu, tidak mempunyai contengan pada potret Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong atau tulisan yang memaparkan slogan politik. Seterusnya, tidak rosak oleh contengan ketara seperti tulisan perkataan, angka dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment