Thursday, March 18, 2021

Kenapa Rakyat Sarawak Harus Tukar Kerajaan Negeri Yang Memerintah ( Bahasa Version)

 Kenapa Rakyat Sarawak Harus Tukar Kerajaan Negeri Yang Memerintah



Heraclitus, seorang ahli falsafah Yunani yang hidup sekitar tahun 540 - 480 SM pernah mengatakan bahawa satu-satunya cara terbaik untuk meningkatkan prestasi atau keadaan adalah melalui perubahan. Perubahan perlu untuk menghasil yang lebih baik ataupun buruk. Ianya adalah aspek kehidupan manusia yang tidak dapat diubah. Dalam konteks politik dan pemerintahan di Sarawak, pandemik Covid-19 telah memperlihatkan bagaimana ketiadaan perubahan dalam pemerintahan di Sarawak sememangnya amat merugikan rakyat Sarawak.

Perkara ini tidak mengatakan bahawa semua rakyat Sarawak sedar akan kesan buruk yang datang dari ketiadaan perubahan didalam pemerintahan dalam hidup kita.

Ketika gelombang pertama wabak Covid.19 melanda Sarawak pada Mac 2020, perintah kawalan pergerakan pertama (MCO) berkuatkuasa pada 18 Mac 2020. Banyak rakyat terperanjat dan berada dalam ketakutan apabila berdepan dengan satu keadaan yang tidak pernah terlintas di fikiran mereka sebelum ini. Berita mula disiarkan bahawa negara pengeksport beras seperti  di Thailand dan Vietnam telah mula menyekat eksport beras. Rakyat Sarawak mula melihat prospek kehabisan beras di pasar raya dan kedai runcit serta prospek kenaikan harga. Ketika sekatan pergerakan rakyat dibekukan, perniagaan, terutama yang berada dalam industri kecil dan sederhana mula terkesan dan menderita. Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup lalu menyebabkan banyak pekerja kehilangan pekerjaan. Pada bulan Jun 2020, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak melaporkan bahawa, terdapat 8151 kes kehilangan pekerjaan akibat daripada wabak tersebut. Ramai keluarga, terutama keluarga dari kategori B40 mengalami tekanan kewangan yang amat luar biasa.

https://www.theborneopost.com/2020/06/13/department-kuching-division-posts-highest-number-of-labour-issues-reported-during-mco-phases/

Ketika jumlah pesakit Covid-19 mula meningkat, kemudahan hospital menjadi tegang dan terdapat kebimbangan bahawa katil ICU dan mesin ventilator tidak mencukupi. Jelas bahawa sistem kesihatan dan perubatan kita tidak lengkap dan tidak mencukupi untuk menangani wabak ini. Perkara ini akhirnya menyedarkan rakyat Sarawak betapa korupsi dan ketidakcekapan yang teruk, seperti yang ditunjukkan di projek Hospital Petra Jaya dan Hospital Sri Aman yang masih didalam pembinaan dapat memudaratkan kehidupan rakyat biasa di Sarawak.

https://codeblue.galencentre.org/2020/12/28/from-zero-to-2000-inside-malaysias-pandemic-year/

Sistem pendidikan juga turut terjejas teruk. Sekolah, kolej dan universiti diarahkan tutup, malah pembelajaran atas talian juga ditangguhkan. Pelajar yang paling terkesan dan menderita adalah pelajar dari luar bandar. Kekurangan akses internet, sumber tenaga pengajar dan alat elektronik  yang tidak lengkap beralih kepada pengajaran jarak jauh lalu mengakibatkan kemerosotan tahap pembelajaran dalam kalangan anak-anak yang berpusat di luar bandar. Semua kesadisan ini berlaku disebabkan oleh kerajaan GPS kononnya mereka komited sepenuhnya untuk meningkatkan hubungan internet di kawasan luar bandar Sarawak.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/05/27/inequality-will-grow-if-rural-folk-cant-get-online-putrajaya-told/

Apa kaitannya semua ini dengan perubahan dalam pemerintahan negeri Sarawak?

Selepas pilihan raya negeri Sarawak pada bulan Julai 1970, Perikatan Sarawak , SUPP dan Parti Pesaka Sarawak (Pesaka) membentuk gabungan untuk membentuk kerajaan Sarawak. Kemudian, Perikatan dan Pesaka bergabung untuk membentuk Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB). PBB dan SUPP adalah pendahulu Barisan Nasional (BN) di Sarawak. BN ditubuhkan pada tahun 1973 dan didaftarkan sebagai gabungan 9 parti (termasuk PBB dan SUPP dari Sarawak) pada bulan Jun 1974. BN Sarawak berkembang menjadi Gabungan Parti Sarawak hari ini, berikutan kekalahan BN pada PRU14 (pada Mei 2018). Sejak tahun 1969 sehingga hari ini, GPS dan pendahulunya iaitu BN dan PBB & SUPP sebelum itu, mempunyai rekod 51 tahun pemerintahan yang tidak putus-putus di Sarawak.

Selama 50 tahun lamanya, rakyat Sarawak terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar telah diberitahu tentang fakta yang diputar belit secara sistematik. Sekolah dan klinik adalah milik BN dan jika seseorang berani memikirkan untuk memilih calon pembangkang dalam pilihan raya, individu tersebut serta ahli keluarga terdekat akan menanggung akibatnya kadar segera. Tapak projek pembangunan ditandai dengan papan tanda yang bertuliskan Projek Kerajaan Barisan Nasional. Institusi pentadbiran di peringkat kampung seperti ketua kampung atau tuai rumah, penghulu dan juga jabatan kerajaan seperti JASA, KEMAS dan RELA adalah  unit khusus dalam jentera propaganda BN. Semua ini ditugaskan untuk mencuci otak dan mengendalikan rakyat melalui ancaman penahanan perkhidmatan. Dalam banyak keadaan ketua kampung dijadikan ketua cabang / unit parti komponen BN untuk mengawal daerah mereka.

Dan setelah 51 tahun, pencucian minda oleh BN telah selesai lalu menjadikan BN menjadi kuat dalam jiwa kita sehingga mustahil untuk membayangkan hidup tanpa BN. Antara lain, rakyat Sarawak yakin bahawa hanya BN (sekarang GPS) yang dapat membawa perkembangan yang diperlukan untuk memastikan kesejahteraan mereka. Walaupun BN berjaya meletakkan diri mereka dalam pemikiran rakyat Sarawak, mereka tidak cekap dan tidak berkesan dalam pemerintahan. Perkara yang paling ketara dalam kelemahan mereka ialah amalan rasuah, ketidakcekapan, penyalahgunaan kuasa, kronisme dan kurang berwawasan.

Masalah yang berkaitan dengan keselamatan makanan, sekolah usang, kemudahan perubatan dan kesihatan yang tidak mencukupi, sambungan internet telah disebutkan di atas. Kemampuan untuk mendapatkan rumah juga semakin susah dan pertumbuhan produktiviti semakin merosot. Kekurangan peluang pekerjaan yang berlaku disebabkan oleh lonjakan inflasi yang semakin meningkat menambahkan beban rakyat terutama kepada penduduk di luar bandar, dan jumlah peningkatan itu terus melonjak naik.

Orang Dayak, setelah lebih dari setengah abad berusaha semaksimal mungkin untuk memperjuangkan hak mereka khususnya hak keatas tanah NCR, masih lagi gagal untuk mendapat hak mereka.  Ini adalah kerana keengganan kerajaan GPS (sebelumnya BN Sarawak) meminda Kanun Tanah Sarawak untuk memberi hak milik atas tanah NCR mereka.

Kesimpulan bagi kegagalan GPS ini hanyalah melibatkan satu perkara: Kepentingan pemimpin GPS tidak melampaui kepentingan politik mereka sendiri. Ini adalah satu-satunya objektif mereka kerana semua faedah kewangan,kepentingan keluarga mereka sendiri, kroni-kroni dan semua anggota ahli penyokong mereka ketagih dengan kedudukan dan terus mengekalkan kerusi mereka. Ini adalah cebisan sedikit mengenai kesengsaraan rakyat yang menunjukan kegagalan kerajaan yang diterajui oleh GPS. GPS sememangnya gagal dalam menjadi kerajaan yang adil, berkemampuan untuk mentadbir, dan mempunyai kebertanggungjawaban. Perkara yang terbaru dalam senarai kegagalan GPS untuk memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak adalah kegagalan kabinet negeri GPS (untuk mewakili kerajaan negeri) iaitu menekan kerajaan persekutuan PN supaya menarik balik rayuan mereka terhadap keputusan mahkamah tinggi ‘Allah’. Gabungan ahli parlimen dan ADUN bukan Islam dari Sarawak dan Sabah yang mewakili kedua-dua belah pihak berpecah politik bersama-sama mengeluarkan kenyataan yang mendesak kerajaan persekutuan untuk menarik balik rayuan itu tetapi kabinet Sarawak, seperti biasa, hanya berdiam.

Tetapi kegagalan ini disembunyikan dengan baik sekali melaui persepsi dengan projek yang diwar-warkan secara meluas seperti LRT / ART, bas hidrogen, bas elektrik, syarikat penerbangan Sarawak, bank milik kerajaan, syarikat telekomunikasi milik kerajaan, jambatan sepanjang 5.2 km (seharusnya dibiayai oleh kerajaan persekutuan tetapi sekarang akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak) dan banyak lagi.

Atas sebab-sebab yang telah dinyatakan dan banyak lagi, rakyat Sarawak, demi kepentingan jangka panjang mereka sendiri, rakyat mesti mempertimbangkan dengan serius untuk menukar kerajaan dalam pilihan raya negeri akan datang. Sudah ada alternatif yang tepat , yang telah membuktikan bahawa mereka benar-benar mempunyai kepentingan rakyat Sarawak.

No comments:

Post a Comment