Sunday, April 11, 2021

Itulah legasi yang kita nak dan bukannya sesuatu yang buruk

    Itulah legasi yang kita nak dan bukannya sesuatu yang buruk



Sudah-sudahlah menipu dan janganlah hendak berdolak-dalih lagi. Carilah kebenaran dan permasalahan sebenar punca kekacauan ini dan lakukan apa yang mesti anda lakukan untuk memperbaiki perkara yang salah, jika ada kesopanan dan keikhlasan dalam diri anda. Ini adalah pertaubatan dan pemulihan bagi anda.

Senarai di bawah adalah salah satu dosa anda terhadap rakyat Sarawak, keburukan yang anda tinggalkan:

1. MA63

Ini bukanlah undang-undang, yang pastinya, ketika matahari terbit di timur dan terbenam di barat, dokumen ini mempunyai kesan undang-undang. Umum mengetahui, wujudnya Perlembagaan MA63 bermaksud Sarawak bersetuju untuk mewujudkan Malaysia bersama-sama. Tunku Abdul Rahman (TAR) dan rakan-rakannya dari UMNO tidak menghiraukan syarat MA63 dari hari pertama dan di saat itu jugalah  kejatuhan Sarawak kian berlaku seperti apa yang berlaku  sekarang. Kesalahan siapa? Nenek moyang anda di Berjasa / Bumiputra. Oleh sebab mereka alpa dan lalai, mereka bersekongkol dengan pemimpin Tanah Melayu.

 2. Pemecatan Stephen Kalong Ningkan, CM pertama Sarawak

Ketua Menteri Pertama Sarawak Stephen Kalong Ningkan (SKN) dipecat dari pejabat dalam gerakan yang dipimpin oleh TAR. Kesalahan siapa? Ianya adalah kesalahan moyang anda iaitu Tun Abdul Rahman Yaakub (TARY). Dia menghasut TAR untuk memberhentikan SKN kerana SKN ingin meminda Kanun Tanah Sarawak untuk melindungi tanah NCR orang Dayak. Dia disokong oleh para pemimpin.

 

3. 1976 Pindaan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan

Pindaan tahun 1976 terhadap Artikel 1 (2) perlembagaan Persekutuan menurunkan status Sarawak menjadi negeri, status yang sama dengan Perlis atau Kelantan di Tanah Melayu. Sekarang anda menangis dan menyesali dengan apa yang telah berlaku. Itupun hanya kerana ianya mengancam jawatan yang akan diperoleh andaKesalahan siapa ini? Rakan seperjuangan sebelum anda, diketuai oleh TARY dan Pek Moh.

 4. PDA 74

Melalui PDA 74, Sarawak kehilangan semua hak ke atas sumber minyak dan gas. Namun, Sarawak hanya mendapat royalti 5% sahaja sebagai balasan dan perkara ini amat menyedihkan sekali. Kesalahan siapa ini? Tun Abdul Rahman Yakub. Dia mencadangkannya kepada pemimpin Tanah Melayu dan menolong mereka agar undang-undang tersebut diluluskan.

5. Akta Wilayah Laut 2012

Akta Wilayah Laut tahun 2012 mengurangkan Kawasan perairan Sarawak dari 12 batu nautika kepada 3 batu nautika dari pantai, memberikan kerajaan persekutuan hak penuh untuk semua sumber semula jadi di luar garis 3 batu nautika.

Kesalahan siapa ini? Anda dan rakan-rakan anda dari BN Sarawak.

6. Pakatan Harapan (PH) Berusaha Menyelaraskan Perlembagaan Persekutuan kepada MA63

Pada bulan April 2019, Kerajaan PH memperkenalkan rang undang-undang kerajaan di parlimen, untuk meminda Art 1 (2) perlembagaan persekutuan sehingga menyelaraskannya dengan MA63. Itu adalah peluang keemasan untuk memperbaiki beberapa kesalahan yang dilakukan terhadap Sarawak. Rang Undang-Undang GAGAL dan tidak berhasil diperbaiki.

Dosa siapa ini? Anda dan rakan anda dalam GPS (sebelumnya BN Sarawak). Mereka ambil keputusan untuk tidak mengundi di dalam hal RUU itu , malah mengabadikan tradisi BN / GPS untuk mengkhianati Sarawak.

Sekarang anda membawa perdebatan mengenai ' Wilayah' , Region dan Territory ke pengadilan pendapat umum dan berusaha menarik perhatian orang-orang Sarawak. Sekarang anda mengatakan PM Mahiaddin akan segera memperbaiki perkara yang salah, semua ketika parlimen digantung.

Anda terus menganggap rakyat Sarawak bodoh membuat saya sangat marah. Perkara itu termasuklah berusaha meyakinkan orang-orang Sarawak bahawa keadaan darurat yang sedang kita jalani sekarang adalah untuk kebaikan negara dan bukan untuk anda berbuat lebih banyak lagi pengkhianatan.

Oleh itu, kini, ramai rakyat Sarawak jauh lebih sedar akan perkembangan politik hari ini dan saya yakin mereka akan membuang anda dalam PRN akan datang.

Saya berharap akan mengucapkan Adios, Sayonara, Zaijian & Selamat Tinggal kepada anda tidak lama lagi.

Keling Sigat Palau Dalam Pub

Betong


(English)

It Is Legacy We Want Not Infamy

Cut through the bullshit man. Get to the core of this mess and do what you must do to right the wrong, if there is any decency and sincerity in you. It is both repentance and restitution for you.

These are among your sins against Sarawakians, the infamies you are leaving behind :

 1. MA63

This is not law but as certain as the sun rises in the east and sets in the west, this document has legal effect. It was the foundation upon which Sarawak agreed to co-create Malaysia. Tunku Abdul Rahman (TAR) and his comrades from UMNO ignored the terms of MA63 from day one and started Sarawak's fall into the mess that we are in now.

Whose fault? Your forebearers in Berjasa/Bumiputra. By their negligence they conspired with Malaya leaders.

 2. Sacking Of Stephen Kalong Ningkan, Sarawak’s 1st CM

Sarawak 1st Chief Minister Stephen Kalong Ningkan ( SKN ) was sacked from office in a move engineered by TAR.

Whose fault? Your forebearer Tun Abdul Rahman Yaakub ( TARY ). He instigated TAR to dismiss SKN because SKN wanted to amend the Sarawak Land Code so as to protect dayaks' NC land. He was supported by the leaders of

 

3.  1976 Amendment To Article 1 (2) Of The Federal Constitution

A 1976 amendment to Article 1 (2) of the Federal constitution demoted Sarawak's status to a state, same status as Perlis or Kelantan in Malaya. Now you are crying over split milk but only because it threaten your incumbency.

Whose fault was this? Your predecessors, led by TARY and Pek Moh.

 

4.  PDA 74

Through PDA 74, Sarawak completely lost all her rights to her oil and gas resources. In return for surrendering her rights, Sarawak was to get a miserable 5% royalty.

Whose fault was this? Tun Abdul Rahman Yakub. He proposed it to Malayan leaders and helped them to get the law passed.

 

5. Territorial Sea Act of 2012

The Territorial Sea Act of 2012 reduced Sarawak's Continental Shelf from 12 nautical miles a mere 3 nautical mile from shore, giving the federal government full rights to all the natural resources outside the 3 nautical mile line.

Whose fault was this? You and your comrades from BN Sarawak.

 

6. Pakatan Harapan (PH) Attempt To Align The Federal Constitution To MA63

In April 2019, the PH government introduced a government bill in parliament, to amend Art 1 (2) of the federal constitution so as to align it to the MA63. That was a golden opportunity to right some of the wrongs done to Sarawak. The bill FAILED and nothing came out of it.

Whose sin was this? You and your comrades in GPS (previously BN Sarawak). They abstained from voting and perpetuated BN/GPS's tradition of betraying Sarawak.

Now you take the debate over ' Wilayah' , Region and Territory to the court of public opinion and attempt to pull the wool over Sarawakians' eyes. Now you say PM Mahiaddin will soon right the wrong, all when parliament is suspended.

That you continue to assume Sarawakians are stupid makes me so angry. And that includes trying to convince Sarawakians that the Emergency we are in now is for the good of the country and not to keep you bunch of pengkhianat in office.

Well, Sarawakians are much much more aware of political on-goings these days and I am confident they will throw you out in the coming PRN.

I hope to say Adios, Sayonara, Zaijian & Selamat Tinggal to you soon.

 Keling Sigat Palau Dalam Pub

Betong


No comments:

Post a Comment