Thursday, April 22, 2021

Anda marah tak? - Kelayakan Minimum untuk Terus Hidup di Sarawak/Are You Angry Yet? - Minimum Qualification To Be Alive In Sarawak (BM/BI)

Anda marah tak? - Kelayakan Minimum untuk Terus Hidup di Sarawak/Are You Angry Yet? 




(Bahasa)

MIRI (21 April): Pelaksanaan fasa kedua program imunisasi Covid-19 untuk penduduk kawasan pedalaman di Ulu Baram kini ditunda setelah dijadualkan semula buat kedua kali, kata ADUN Telang Usan, Dennis Ngau.

Dennis Ngau mengatakan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) telah menetapkan sasaran 8,000 penerima berdaftar di sebuah daerah agar vaksinasi dapat dilakukan. Namun, kawasan luar bandar seperti Ulu Baram amatlah sukar untuk mencapai jumlah penduduk seperti yang disasarkan.

https://www.theborneopost.com/2021/04/21/ulu-baram-covid-19-vaccine-roll-out-in-doubt-due-to-moh-requirement-says-dennis/

Adakah Hak Rakyat Sarawak Untuk Hidup Berada Di Tangan Pemimpin?

Terdapat banyak perkara yang membuatkan individu marah dengan kerajaan pusat Perikatan Nasional (PN). Penetapan syarat minimum yang mesti dipenuhi oleh rakyat Sarawak agar dapat terus hidup membuat seseorang merasa sangat jijik dan menimbulkan kemarahan di hati seperti gunung berapi yang hendak meletus. Saya merasa sakit pedih hati apabila mengetahui bahawa pemimpin  Sarawak didalam kerajaan GPS dan juga didalam kerajaan PN telah memberikan kuasa kepada pemimpin-pemimpin malaya di PN secara langsung mempermainkan dan memperlekehkan nyawa rakyat Sarawak .Pemimpin-pemimpin yang kita sanjung tinggi untuk menjaga kepentingan warga Sarawak dan menegakkan keadilan sebaliknya menggunakan kuasa mereka untuk memutuskan siapa yang harus dilindungi terhadap virus Covid-19 dan siapa yang harus terdedah dan dibawa ke pintu kematian.

Tidak pernah dalam mimpi saya yang paling menggerunkan saya membayangkan bahawa terdapat di sebuah negara di mana terdapatnya agama rasmi lalu rakyatnya yang selalu berbeza pandangan antara satu sama lain mengenai Tuhan yang mereka sembah terdapat pemimpin yang sanggup mengangkat diri mereka menjadi Tuhan.

Adakah rakyat bernasib malang yang tinggal di kawasan di mana syarat minimum yang ditetapkan oleh Kerajaan PN tidak dapat dipenuhi patut dibiarkan begitu sahaja? Adakah mereka manusia atau binatang yang boleh dibuang atau diabaikan sesuka hati? Pemimpin Sarawak dalam kerajaan PN dan kerajaan GPS Sarawak tolong beri jawapan kepada pertanyaan ini?

Warga Sarawak Ditinggal Dalam Keadaan Kegelapan

Pemimpin kita, sama ada pemimpin peringkat pusat atau negeri seolah - olah telah meragut bukan sahaja hak dan kuasa untuk menentukan siapa yang layak hidup dan siapa yang boleh didedahkan bahkan hak untuk ‘menutup’ mata rakyat terhadap perkara yang penting bagi mereka.  

Saya tinggal di bandar dan saya selalu berfikir oleh kerana saya mempunyai akses internet yang cukup baik, kabel t.v (saluran TV Astro) dan dapat membaca berita dari srat khabar yang dicetak, oleh itu, saya arif tentang perkembangan terkini. Saya tercengang ketika saya mengetahui pagi ini bahawa jika kawasan tertentu di Sarawak tidak dapat memenuhi minimum 8000 penduduk untuk pendaftaran vaksinasi Covid-19, maka, secara automatik kawasan tersebut tidak akan menerima vaksin. Mengapa orang Sarawak tidak memaklumkan hal ini sebelum kerajaan membuka sistem mereka untuk menerima pendaftaran untuk diberi vaksinasi?

Terdapat 5 kaedah pendaftaran vaksinasi yang diketahui: 1. Melalui Aplikasi Sejahtera, 2. Laman web JKJAV COVID-19: vaksincovid.gov.my, 3. Hubungi talian pendaftaran: 1800-888-828, 4. Pendaftaran manual di hospital dan klinik dan 5. Pendaftaran dari pintu ke pintu

https://www.klook.com/en-MY/blog/vaccine-registration-mysejahtera-malaysia/

Sesiapa yang mempunyai kecerdasan serta pengetahuan mengenai keadaan di luar bandar Sarawak akan mengetahui bahawa pilihan 1, 2 & 3 hampir mustahil kerana kesambungan internet yang hampir tidak wujud. Pendaftaran di hospital dan klinik kesihatan memerlukan perjalanan panjang dan sukar terutamanya seperti  rakyat Sarawak yang menetap di luar bandar.

Semua ini digabungkan untuk menjadikan masyarakat luar bandar sukar dapat memenuhi syarat minimum yang ditetapkan oleh pemimpin kita. Sekiranya pemimpin Sarawak dalam kerajaan persekutuan PN dan kerajaan negeri GPS mempunyai rasa prihatin terhadap mereka, mereka akan mencari jalan untuk menyebarkan maklumat itu kepada masyarakat luar bandar dan mencari cara untuk mendaftarkan semua penduduk Sarawak yang berpusat di luar bandar.

Tiada satupun pemimpin Sarawak menghiraukan kehidupan seharian rakyat Sarawak. Sudahkah mereka lupa yang rakyatlah yang memilih mereka untuk berkhidmat untuk rakyat?

Vaksin Yang Ditujukan Untuk Masyarakat Luar Bandar

Vaksin yang diperuntukkan bagi masyarakat luar bandar adalah vaksin CanSino dos tunggal, vaksin yang dibuat di China. Logik di sebalik pilihan itu tidak begitu banyak dari segi sains tetapi kononnya kemudahan untuk orang Sarawak yang berpusat di luar bandar.

https://www.theborneopost.com/2021/04/15/dcm-sarawak-asking-federal-for-cansino-vaccine-supply/

Satu-satunya negara di luar China yang telah menyetujui vaksin CanSino untuk penggunaan kecemasan adalah Hungary.

Nampaknya WHO (Organisasi Kesihatan Dunia) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai vaksin ini bahawasanya Malaysia bergantung 100% pada jaminan China terhadap keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut.

Sumber-sumber China telah menuntut kadar keberkesanan 65.7% untuk suntikan vaksin CanSino.

https://www.dw.com/en/coronavirus-confusion-over-efficacy-of-chinese-vaccines/a-57181029

https://www.theedgemarkets.com/article/chinas-cansino-covid-vaccine-shows-657-efficacy

Sekiranya ada kebaikan yang muncul dari pandemik Covid-19 ini, ianya adalah: Ia tidak hanya memperlihatkan ketidakcekapan pemimpin GPS dalam mentadbir kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan tetapi juga sikap mereka yang tidak mempedulikan rakyat yang telah memilih mereka serta jawatan yang bepangkat tinggi yang mereka miliki sekarang.

Masanya telah tiba untuk rakyat Sarawak membuat pilihan yang sukar iaitu harus dan mesti menukar kerajaan.


➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

(English)

Are You Angry Yet? - Minimum Qualification To Be Alive In Sarawak

MIRI (April 21): The implementation of phase two of the Covid-19 immunisation programme for the rural folk in Ulu Baram is now hanging in the air after it was rescheduled twice, Telang Usan assemblyman Dennis Ngau revealed.

He said the Health Ministry (MoH) had set a target of 8,000 registered recipients in a district for the vaccination to be carried out but in rural areas like Ulu Baram, it was difficult to achieve that number.

https://www.theborneopost.com/2021/04/21/ulu-baram-covid-19-vaccine-roll-out-in-doubt-due-to-moh-requirement-says-dennis/

Sarawakians’ Right To Live Is In The Hands Of Our Leaders?

There are many things one can get angry with the Perikatan Nasional (PN) federal government for but their setting of a minimum requirement that Sarawakians must meet in order to live makes one feels absolutely disgusted and causes anger to well up in the heart like a volcano at bursting point. And I feel sick in the stomach knowing that our very own Sarawakian leaders in the PN government and in the GPS Sarawak government have empowered the malayan leaders in PN to play God with Sarawakians live. These leaders whom we raised to high office to serve us have instead use their power to decide who should be protected against the Covid.19 virus and who should exposed and brought to death’s door.

Never in my wildest dream have I imagined that in a country where there is an official religion and where its citizens are constantly at odds with each other over the god they worship, its leaders have promoted themselves to become gods.

What are these unfortunate living things who are residing in areas where this minimum requirement set by the PN government cannot be met? Are they human beings or are they animals that can be dispensed with? Can Sarawak leaders in the PN government and in the GPS government of Sarawak answer that, please!

Sarawakians Kept In The Dark

Our leaders in both the federal government and in the state government seems to have appropriated for themselves, not just the right to decide who should live and who should be exposed to the Covid.19 virus but also the right to keep Sarawakians in the dark over things that matters to them.

I reside in the city and I have always thought that because I have pretty good access to internet, to cable t.v (Astro TV channels) and to printed news I am therefore constantly within the loop. I was dumbfounded when I discovered this morning that if a particular area in Sarawak cannot meet the minimum 8000 confirm registrations for the Covid.19 vaccination, that area will not receive the vaccines. Why were Sarawakians not inform of this before the government opened up their systems for the vaccination programmes?

There are 5 known ways of registering for the vaccination : 1. Via the Sejahtera Application, 2. COVID-19 JKJAV website: vaksincovid.gov.my, 3.  Ring up the registration hotline: 1800-888-828, 4. Manual registration at hospitals and clinics and 5.Door-to-door registration

https://www.klook.com/en-MY/blog/vaccine-registration-mysejahtera-malaysia/

Anyone with an average intelligence and knowledge of conditions in rural Sarawak will know that options 1, 2 & 3 is almost an impossibility because of the almost completely non-existent internet connectivity. Registration at hospitals and health clinics will require expensive long and hard journey which many rural based Sarawakians will find very hard to do.

All these combined to make rural communities unable to meet the minimum requirement set by our leaders. If the leaders of Sarawak in the PN federal government and in the GPS state government have any sense of caring in them, they would have found ways to  disseminate the information to the rural communities and find ways to register all the rural based Sarawakians.

The only conclusion that we can arrive at is this : None of these leaders care for Sarawakians who elected them to high office and to serve them.

Vaccines Earmarked For Rural Communities

The vaccine earmarked for the rural communities is the single dose CanSino vaccine, a vaccine made in China. The logic behind the choice is not so much of science but supposedly the convenience for rural based Sarawakians.

https://www.theborneopost.com/2021/04/15/dcm-sarawak-asking-federal-for-cansino-vaccine-supply/

The only country outside of China that had approve the one shot CanSino vaccine for emergency use is Hungary.

It would appear that the WHO has not issue any statement on this vaccine and that Malaysia is depending 100% on China's assurances on the vaccine's safety and efficacy.

Chinese sources have claimed a 65.7% efficacy rate for the one shot  CanSino vaccine.

https://www.dw.com/en/coronavirus-confusion-over-efficacy-of-chinese-vaccines/a-57181029

(doubts over efficacy rate)

https://www.theedgemarkets.com/article/chinas-cansino-covid-vaccine-shows-657-efficacy

If there is any good that has come out from this Covid.19 pandemic, it is this: It has exposed not just the incompetence of the leaders of GPS in the state government and in the federal government but also their callous attitude towards the people who voted into the high office which they presently occupy.

The time has arrived for Sarawakians to make some hard choices among which is to change the government.

No comments:

Post a Comment