Monday, April 5, 2021

Kerajaan GPS- Kau Berjalan Menuju Kearah kegelapan Ke? (Bahasa)

Kerajaan GPS- Kau Berjalan Menuju Kearah Kegelapan Ke?



Perjumpaan sosial, sejak dulu lagi
sampai ke bulan Mac 2020 tidak pernah dikenali sebagai punca penyakit berjangkit atau penyebar penyakit berjangkit di Sarawak. Dari fasa awal gejala Covid-19 di Sarawak sehingga ke sekarang, kita telah melihat di surat khabar dan kaca televisyen pesanan dari pihak berwajib bahawa penjarakan sosial dan kawalan orang ramai adalah penting dalam usaha membendung penyebaran Covid-19 tetapi tidak pernah kita dengar perjumpaan sosial adalah punca virus ini. Pada mulanya, nampak ada kefahaman mengenai punca sebenar virus ini dikalangan ahli kerajaan dan juga dikalangan kakitangan kerajaan yang ditugas membendung Covid-19 namun sekarang seolah olah kefahaman itu sudah hilang. Begitu juga naratif kerajaan GPS di Sarawak berkenaan dengan Covid-19.

https://dayakdaily.com/social-gatherings-not-allowed-in-covid-19-red-and-orange-zones/

Punca penyebaran gejala Covid-19 di Sarawak adalah daripada mereka yang dijangkiti virus ini. Mereka yang dijangkit akan dikenalpasti selepas melalui ujian pemeriksaan kesihatan. Seterusnya, proses mengesan kenalan yang mempunyai gejala jangkitan dibuat dan tindakan susulan akan memutus rantaian penyebaran dikalangan kategori ini. Kumpulan  satu lagi ialah kategori mereka yang dipanggil tidak simptomatik.

Bagi mereka yang selalu baca laporan harian kes Covid-19 di Sarawak, sering kali akan mendengar istilah pesakit simptomatik yang digunakan.

Untuk pengetahuan pembaca yang kurang arif dengan istilah tidak simptomatik, ini adalah kategori orang yang dijangkiti Covid-19 tetapi nampak sihat dan tidak ada sebarang tanda jangkitan. Penyebaran tidak simptomatik adalah penyebaran yang berpunca daripada orang yang sudah dijangkiti tetapi nampak sihat dan tiada tanda jangkitan.

Dari kes positif baru dan dari kluster baru yang dilaporkan setiap hari, kita tahu bahawa banyak orang yang tidak simptomatik di Sarawak sedang bergerak dan berleluasa diantara daerah dan diantara zon. Kumpulan-kumpulan ini menghadiri majlis atau perjumpaan sosial dan dalam proses aktiviti yang mereka lalukan, Covid-19 telahpun tersebar kepada orang lain yang ada di majlis atau perjumpaan dan dari itu timbul kluster baharu.

Boleh kah orang tidak simptomatik diuji dan dikenal pasti, dikuarantin dan diubati? Tentu sekali boleh, dengan proses yang dikenali sebagai proses saringan atau ujian beramai-ramai. Pernahkah saringan Covid-19 dibuat di Sarawak? Memang pernah, tetapi dengan cara yang tidak cukup berkesan untuk memutus rantaian penyebaran virus tersebut.

Satu daripada proses yang amat kritikal dalam usaha membendung Covid-19 di Sarawak ialah saringan beramai ramai diseluruh Sarawak iaitu semua yang tinggal di Sarawak sekarang disaring, sebaik baiknya proses dilakukan secara serentak. Tentu sekali ini bukan satu usaha yang mudah tetapi dengan fokus dan komitmen yang tinggi ia boleh dibuat dengan jayanya.

SDMC mempunyai kebijaksanaan yang mencukupi pada awal nya dan telah membahagikan kawasan Sarawak kepada Zon. Setiap Zonpula diberi kod berwarna. Kawalan penggerakan penduduk diantara daerah dan zon juga diperkuatkuasakan. Kerangka kerja dan kawalan yang wajar semua telahpun lengkap untuk kerajaan GPS dan KKM menjalankan saringan beramai ramai. Persoalan nya, kenapa perancangan semua ini tidak digunakan?

Kedudukan sebagai juara dalam penyebaran Covid-19 bukanlah satu yang boleh dibanggakan. Ia adalah satu tanda bahawa kerajaan Sarawak tidak mempunyai sebarang kemahiran untuk menangani pandemik Covid-19. Lebih dahsyat dari itu ialah peningkatan kes positif Covid-19 akan mengakibatkan lebih banyak lagi kes kematian. Sehingga petang semalam, 4hb April 2021, Sarawak mencatat 17,554 kes positif dan 114 kes kematian. Kes positif baharu untuk semalam sahaja sebanyak 419, jumlah paling tinggi didalam negara sekali lagi.

https://covid19.sarawak.com.my/

Masanya sudah tiba untuk Douglas Uggah meletak jawatan sebagai pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan diganti dengan seorang profesional dari bidang perubatan atau ahli sains. Ahli politik, terutama sekali ahli politik GPS tidak harus menerajui JPBN.

Akhir kata kepada pemimpin Sarawak yang sekarang : Adalah wajar dan juga wajib SDMC serta KKM menjalankan saringan beramai-ramai dengan kadar segera dan mengenal pasti semua yang dijangkiti Covid-19 tetapi tidak simptomatik. Kehidupan warga Sarawak cuma akan kembali ke tahap normal apabila pandemik ini berakhir. Jika anda tidak berbuat sedemikian, anda akan bertanggungjawab dengan sepenuhnya ke atas setiap kematian baru disebabkan oleh Covid-19. Sekian, harap maklum.

No comments:

Post a Comment