Thursday, January 7, 2021

SUPAYA KITA TIDAK LUPA

SUPAYA KITA TIDAK LUPA


 1MDB set up to benefit UMNO, ex-CEO tells court…..

https://www.theborneopost.com/2021/01/07/1mdb-set-up-to-benefit-umno-ex-ceo-tells-court/

Skandal 1MDB merupakan satu skandal yang berskala gergasi dan sehingga hari ini, rakyat Malaysia masih belum dapat menentukan besar mana kerosakkan kewangan dan seburuk mana kesan kepada imej yang sedang dihadapi negara. Seperti yang kita sedia maklum, orang disebalik skandal 1MDB ialah bekas perdana menteri Najib Razak dan pelarian (dari undang undang dan pengadilan) Jho Low. Akan tetapi Najib Razak dan Jho Low bukan lah tujuan artikel ini ditulis.

Tujuan artikel ini boleh dirumus dalam kata kata berikut : 1MDB ditubuh khas demi kebaikkan United Malay National Organisation - UMNO atau Pertubuhan Kebangaan Melayu Bersatu - ڤرتوبوهن کبڠساءن ملايو برساتو. Artikel ini serba sedikit mengenai UMNO dan implikasi nya kalau UMNO dibiar atau dibenar menerajui kerajaan persekutuan sekali lagi.

Dalam 2-3 hari yang lepas, kita mendengar atau membaca berita berkenaan dengan pergolakkan di dalam UMNO. Diantara berita yang kita baca dan dengar ialah berita berhubung kait dengan resolusi yang dibuat oleh lebih daripada 180 bahagian UMNO, untuk mendesak UMNO putus hubungan dengan PPBM atau Bersatu kadar segara. Pada masa yang sama, bahagian UMNO yang terlibat juga diminta agar perhubungan dengan PAS dierat dan diperkukuhkan.Objektif utama ini adalah memastikan undi dari kaum Melayu hanya untuk mereka. Secara tidak langsung, hal ini menunjukkan ada kemungkinan kerajaan PN akan digulingkan dalam masa terdekat.

Kerajaan PN, kerajaan gabungan PPBM, BN (merangkumi UMNO, MCA, MIC), PAS, GPS (merangkumi PBB, PRS, SUPP dan PDP) dan 3 parti dari Sabah seringkali digelar kerajaan pintu belakang. Hal Ini kerana kerajaan PN bukanlah kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat.  

https://www.bernama.com/en/news.php?id=1919331

Annuar Musa, MP dari UMNO tetapi sekarang dianggap sebagai orang setia Muhyiddin Yassin telah dipecat dari jawatan nya sebagai setiausaha agung BN. Khairy Jamaluddin dan Hishamuddin Hussein pula kata mereka bersedia letak jawatan mereka dalam kabinet kerajaan PN jika diarah oleh UMNO. Hal Ini secara tidak langsung menunjuk usaha untuk memperkukuhkan kuasa ditangan Najib dan bekas timbalan nya, Zahid Hamidi yang kini sedang dipergiatkan.

Seluruh Malaysia sedar bahawa Najib dan Zahid telah ditangkap SPRM dan dihadap di makhamah atas tuduhan rasuah. Najib telah didapati bersalah oleh makhamah namun ini tidak menghalang beliau daripada bergiat aktif dalam politik negara dan politik dalaman UMNO.

Patut kah rakyat Malaysia yang bukan melayu, khususnya rakyat bukan melayu terutamanya di Sarawak dan Sabah, rasa ketakutan dan gelisah dengan perkembangan sebegini? Apakah pengalaman rakyat bukan melayu dimasa yang lalu semasa dibawah kerajaan BN yang diterajui UMNO?

 - Dibawah adalah senarai tindakan penindasan yang pernah dialami rakyat malaysia yang bukan melayu dibawah UMNO:


 Dibawah Mahathir sebagai perdana menteri:  

  •  Alkitab Bible yang diterjemahkan ke Bahasa Malaysia, diharamkan pada 1981
  •  Alkitab dirampas dari kedai buku Daughter of St. Paul di Petaling Jaya pada tahun 2000;
  •  Menjadi haram bagi orang Kristian pada tahun 1984 untuk menggunakan kalimah 'Allah';
  •  Kerajaan Malaysia (BN) tiba-tiba mengaku sebagai Negara Islam
  •  Ziarah ke Yerusalem dihadkan pada 700 jemaah Kristian setiap tahun, selama10 hari sahaja setiap kunjungan, dan satu kunjungan setiap tiga tahun;
  •   Mahkamah Syariah bermula pada tahun 1986 untuk menuntut kekuatan kehakiman syariah, dan Islamisasi undang-undang bermula dengan sungguh-sungguh, terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan penukaran agama, perkahwinan, hak penjagaan anak dan pengebumian; dan
  •  Sekatan luar biasa mula dikenakan terhadap pembinaan tempat ibadat bukan Islam
  •  Mahathir Mohamad bawa masuk Anwar Ibrahim kedalam UMNO dan kerajaan Malaysia:
  •   Sebagai Menteri Pendidikan, pada tahun 1988 membenarkan pemberhentian pengetua sekolah bukan Islam berumur 55 tahun ke atas;
  • Mengarahkan supaya pendidikan agama Kristian di sekolah kita diganti dengan "pendidikan moral";
  • Membenarkan penyingkiran salib dari bangunan dan misi lencana sekolah dakwah Kristian;
  • Membenarkan penyemakan buku sejarah yang digunakan di sekolah-sekolah kita untuk mempromosikan Islam;
  • Menjadikan "Tamadun Islam" sebagai mata pelajaran wajib bagi semua pelajar universiti;
  • Mempromosikan dan meningkatkan undang-undang syariah di seluruh negara dan memberikan pengaruh undang undang syariah yang lebih mendalam kepada undang undang sivil ;
  • Memulakan pengawasan moral, penguatkuasaan dan tindakan hukuman terhadap umat Islam dengan lebih ketat.


Di bawah jagaan Mahathir sebagai perdana menteri, pengislaman perkhidmatan awam dipertingkatkan kepada tahap yang tinggi sekali. Ideologi Ketuanan Melayu yang disusun dari cita-cita Mahathir untuk menegakkan ketuanan Melayu secara lansung memperkuatkan usaha pengislaman. Dan, usaha beliau telah mengakibatkan satu perkhidmatan awam yang hampir homogen hari ini. Ketika pemerintah PH yang dipimpin oleh Mahathir menolak untuk mengiktirafkan ICERD, antara alasan yang diberikan adalah ketakutan bahawa orang-orang melayu akan kehilangan kedudukan istimewa yang mereka nikmati sekarang.

"Jika ini tidak cukup jelas bagi orang-orang bukan Melayu, terutama orang Dayak di Sarawak, ingatlah bahawa sehingga hari ini orang Dayak masih disenaraikan sebagai “Lain -Lain” dalam borang boarng rasmi kerajaan Malaysia"

https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2018/04/27/must-christians-turn-a-blind-eye-to-past-sins/ 

https://www.malaysia-today.net/2010/12/29/paranoid-aides-told-church-to-remove-crosses-for-najib-visit/

https://cathnews.com/cathnews/18180-malaysian-church-loses-allah-appeal

 http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/8450713.stm

Dalam bidang perdagangan seruan daripada melayu dan yang beragama islam untuk memboikot atau memulau produk buatan rakyat bukan melayu semakin kerap dan nyaring.

https://www.scmp.com/week-asia/politics/article/3026111/non-muslim-goods-boycott-ticking-time-bomb-mahathirs-malaysia

Apakah makna artikel ini kepada rakyat Malaysia yang bukan berbangsa melayu, khususnya mereka di Sarawak dan Sabah yang selama 57 tahun hidup dibawah pentadbiran kerajaan BN pimpinan UMNO? GPS, kerajaan negeri Sarawak hari ini dulunya dikenal sebagai BN. Rakyat di Sarawak yang ada keahlian didalam parti gabungan GPS (iaitu ahli PBB, PRS, SUPP dan PDP)  dan juga barisan penyokong mereka dengan tidak secara langsung menyokong dan mendokong polisi polisi UMNO yang menindas rakyat yang bukan melayu melalui keahlian dalam BN.



DULU


"Kerajaan Negeri Sarawak hari ini dahulunya dikenal sebagai BN kini GPS"

Umat kristen membantah apabila MP PAS/PN Nik Zawawi Mohamad dengan sungguh angkuh berkata dalam parlimen bahawa Al Kitab orang kristen terpesong. Ini adalah satu gambaran tentang apa yang bolih berlaku jika kerajaan pusat terus diterajui olih gabungan UMNO dan PAS.

Artikel ini merupakan satu peringatan kepada semua rakyat di Sarawak khususnya rakyat yang bukan melayu. Oleh kerana sebab strategik dan pertimbangan politik, GPS yang diterajui PBB akan terus menyokong UMNO atau mana-mana parti di Malaya yang berasaskan komuniti Melayu di Malaya. Ini bermakna ahli GPS dan juga penyokong mereka akan terus mendokong kesemua polisi yang kerkaitan dengan usaha memperkukuhkan ideologi ketuanan melayu.

No comments:

Post a Comment