Tuesday, January 19, 2021

Pengembala Sarawak Berdiam Diri - Darurat 2021

 Pengembala Sarawak Berdiam Diri - Darurat 2021




 

Seperti yang kita semua sedia maklum satu perintah darurat mula dikuatkuasakan di Malaysia bermula 12hb Jan 2021. Perintah darurat ini dijadualkan mansuh pada 1hb Ogos 2021 atau pada satu tarikh yang lebih awal jika dititah oleh Yang Di-Pertuan Agung.

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/01/15/emergency-ordinance-2021-officially-gazetted-three-days-after-proclamation/1940626

Perintah darurat ini adalah yang ke-7 yang pernah dikenakan di Malaysia sejak negara ini dilahirkan pada 16hb Sept 1963. Sebelum wujudnya negara Malaysia, tanah Malaya pernah mengalami 2 perintah darurat iaitu pada tahun 1948 dan tahun 1964.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/01/12/chronology-of-proclamations-of-emergency-in-malaysia

Mengikut perdana menteri Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin, perintah darurat 2021 wajib dikenakan kerana ancaman yang dihadapi ekonomi negara daripada wabak COVID-19 dan juga daripada bencana banjir yang melanda Johor, Pahang dan Kelantan. Beliau berkata, kerajaan perlu kuasa tambahan untuk menangani keadaan yang menjadi semakin buruk supaya perkhidmatan dan fasiliti perubatan dan kesihatan tidak terjejas dengan teruk nya.

Pada masa artikel ini ditulis, Persatuan Rumah Sakit (Hospital) Swasta di Malaysia telahpun bersetuju untuk merawat pesakit COVID-19 di fasiliti fasiliti mereka.

https://www.malaysiakini.com/news/559142

Perintah darurat 2021 ini dialu-alu kan oleh pemimpin barisan kedua kerajaan iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Sarawak dan juga oleh ahli parlimen mereka. Mantan senator Doris Brodie yang juga merupakan ketua wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) menganggap perintah darurat ini sebagai satu berkat dalam penyemaran. Namun demikian, dia berkata Sarawak sepatutnya dikecualikan dari perintah darurat ini. Percanggahan dalam ungkapan beliau menimbul perasaan keliru dikalangan rakyat Sarawak.

"Mantan senator Doris Brodie yang juga merupakan ketua wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) menganggap perintah darurat ini sebagai satu berkat dalam penyemaran"

https://www.newsarawaktribune.com.my/sarawak-should-have-been-excluded-prs/

Pada masa yang sama, rakyat Sarawak terkejut kerana jelas sekali pemimpin tertinggi parti dalam gabungan GPS tidak dilihat sebagai memberi sokongan kepada perintah darurat ini. Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari, presiden PRS Tan Sri Datuk Amar Dr. James Masing, presiden SUPP Dato Sri Dr. Sim Khui Hian dan presiden PDP Dato Sri Tiong King Sing semua berdiam diri. Adakah mereka sebenarnya tidak setuju dengan perintah darurat ini tetapi tidak berani nak membantah ataupun mereka amat setuju dengan darurat ini?

Abang Johari cuma berkata, jika keadaan pulih dan menjadi lebih selamat, ada kemungkinan Yang Di-Pertuan Agung mempertimbangkan atau mengecualikan perintah ini terhadap Sarawak. 

https://www.bernama.com/en/news.php?id=1922006

Terdapat jaminan yang diberi oleh PM Muhyiddin bahawa darurat ini tidak melibatkan perintah berkurung. Perintah berkurung dalam bahasa biasa bererti satu perintah dari kerajaan yang mewajibkan rakyat tidak keluar dari rumah mereka pada masa tertentu. Kesan perintah berkurung sebenarnya tidak jauh berbeza dari kesan perintah kawalan pergerakan (PKP). Satu lagi aspek perintah darurat ini yang sangat merisaukan iaitu berhubung kait dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknoloji & Innovasi baru-baru ini. Beliau dilaporkan berkata sebahagian besar rakyat Malaysia cuma akan diberi suntikan vaksin COVID-19 seawalnya pada bulan September 2021.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/01/15/kj-vaccinations-in-third-quarter

Implikasi nya ialah ada kemungkinan besar perintah darurat 2021 akan disambung sehingga hujung tahun 2021. Secara tidak langsung, besar kemungkinan PKP akan disambung sehingga hujung tahun di Sarawak.

Pada 13hb Jan 2021 PKP dikenakan di berberapa negeri di Malaysia dan ini membawa kesan seolah- olah darurat ini adalah satu PKP dalam PKP. Akan tetapi ini semua bukanlah isu yang ingin dibincangkan di dalam artikel ini walaupun kenyataan daripada Doris Brodie menjadi pencetus. Tujuan utama artikel ialah untuk memberitahu tentang bahaya yang mungkin berdepan dengan Sarawak dan rakyat Sarawak kesan daripada darurat ini. Ini mengambil kira pengalaman Sarawak dengan 2 perintah darurat pada masa yang lepas iaitu pada 1966 (Darurat krisis perlembagaan Sarawak) dan 1969 (Darurat rusuhan pekauman). Perintah darurat yang dikenakan pada 1969 cuma dimansuh pada tahun 2011, 45 tahun selepas darurat diperkuatkuasakan.

Stephen Kalong Ningkan, ketua menteri pertama Sarawak yang berbangsa dayak dipecat dari jawatannya sebagai ketua menteri semasa perintah darurat 1966. Mengikut apa yang dicerita pada masa itu Stephen Kalong Ningkan mahu semua tanah adat dayak diukur dibawah seksen 18 Kanun Tanah Sarawak dan diberi dokumen hak milik. Cadangan Stephen Kalong Ningkan itu dibantah keras olih pemimpin Sarawak yang bukan berbangsa dayak dan mereka mengemukakan satu petisyen kepada Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman supaya Stephen Kalong Ningkan dipecat. Seterusnya, Stephen Kalong Ningkan bawa kes pemecatannya ke makhamah. Dari itu, beliau berjaya mendapat kelulusan daripada perintah mahkamah yang membolehkan beliau kembali semula sebagai ketua menteri. Malang sekali, bagi Stephen Kalong Ningkan, satu perintah darurat diisythiharkan dan perlembagaan Sarawak dipinda. Ekoran pemindaan itu, Stephen Kalong Ningkan dipecat melalui undi tidak percaya di dalam dewan undangan negeri Sarawak.

 https://en.wikipedia.org/wiki/Stephen_Kalong_Ningkan

Pada tahun 1974, ekoran berlakunya rusuhan perkauman, satu perintah darurat diperkuatkuasakan. Parlimen digantung dan dalam masa yang sama, Akta Pembangunan Petroleum (PDA 74) digubal. Dengan adanya PDA 74, keseluruh kuasa keatas sumber minyak dan gas Sarawak diserah kepada kerajaan persekutuan. Kesan negatif penyerahan hak Sarawak dibawah PDA 74 dirasai sehingga hari ini. 

https://www.theedgemarkets.com/article/cover-story-why-sarawak-questions-petroleum-development-act

Dengan itu, pengajaran bagi rakyat Sarawak daripada perintah darurat tahun 1948 dan tahun 1964 ialah semasa perintah darurat diperkuatkuasakan parlimen digantung dan mekanisma semak dan imbang tidak wujud lagi. Dengan keadaan sedemikian, undang undang yang zalim boleh digubal dan diguna untuk menindas rakyat.

Bukan tiada sebab 10 orang bekas presiden Badan Peguam Malaysia menyuarakan bantahan keras kepada perintah darurat 2021 ini. Pengantungan parlimen bersama peruntukan perintah darurat boleh menimbul keadaan dimana undang-undang boleh digubal tanpa semak dan imbang dan ini merupakan satu tindakan yang amat bahaya.

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/01/17/ten-former-bar-presidents-perikatan-govts-emergency-laws-dangerous-preceden/1941294 

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah memberi amaran bahawa tindakan keras akan diambil terhadap sesiapa pun yang bertindak menjejas usaha kerajaan membenteras wabak COVID-19 dan ekonomi negara. Disini kita perlu ambil perhatian bahawa ‘bertindak menjejas’ tidak ditaktrifkan.

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/01/12/ten-things-to-know-about-malaysias-emergency-2021/1939648

Selepas diambil kira semua faktor, kerajaan Sarawak yang diterajui GPS wajib membuat tuntutkan kepada Yang Di-Pertuan Agung melalui kerajaan persekutuan agar Sarawak dikecuali dari perintah darurat ini. Ini adalah supaya Sarawak dilindung dari kesan buruk dan negatif akibat peruntukan di dalam perintah darurat dan undangan yang mungkin digubal. Pengecuali tersebut juga bermakna Sarawak boleh menjalankan pilihanraya negeri seperti yang dijadualkan.

PKP pertama yang dikuatkuasakan pada 18hb Mac 2020 dan perintah susulan telah berjaya mengawal penularan wabak COVID-19 di Sarawak. Bilangan kes positif cuma mula meningkat ketahap yang amat bahaya dengan adanya kluster Pasai Siong di minggu ke-2 bulan Jan 2021. Daripada 2211 kes positif yang dilaporkan sehingga 18hb Jan 2021, 664 adalah dari kluster Pasai Siong. PKP sebenarnya mencukupi untuk mengawal penyebaran virus ini jika PKP dikuatkuasa dengan tegas diseluruh Sarawak. Perintah darurat sebenarnya tidak perlu dan kerajaan GPS Sarawak cuma perlu ada kehendak politik yang kuat untuk menguatkuasakan PKP dengan tegas.

Persoalannya, boleh kah KM Abang Johari dipercayai untuk membawa kerajaan GPS nya menguatkuasakan PKP dengan tegas diseluruh Sarawak sehingga angka positif turun kepada sifar atau sekurang-kurangnya satu digit pada 31hb Jan 2021 dan seterusnya menuntut supaya Sarawak dikecualikan dari perintah darurat? Sebahagian rakyat Sarawak sekarang hidup dalam keadaan sukar dan akan menjadi satu kesilapan besar jika kerajaan Sarawak percaya solusi dalam masalah ini berada ditangan kerajaan pusat.

No comments:

Post a Comment