Monday, January 25, 2021

Penderitaan Anak Domba - BKSS 5.0

 Penderitaan Anak Domba - BKSS 5.0



Saya menghadapi masalah iaitu fikiran bercanggah apabila saya mula menulis artikel tentang Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 5.0) yang diumumkan oleh KM Abang Johari pada 21hb Jan 2021. Soalan yang saya terpaksa jawab ialah dari sudut manakah saya harus menulis artikel ini: Dari segi percubaan kerajaan negeri Sarawak untuk meringankan kesusahan yang dialami dimasa COVID-19 merebak atau dari segi kegagalan kerajaan Sarawak yang diterajui GPS (dulunya dikenal sebagai BN) menangani masalah kemiskinan yang sudah begitu lama memudaratkan kehidupan sebahagian besar rakyat di Sarawak. 

https://ukas.sarawak.gov.my/2021/01/21/bkss-5-0-kerajaan-sarawak-umum-pakej-bantuan-berjumlah-rm405-juta/?fbclid=IwAR12f9Wn0JxHqEdDFHLSAcnInRP_zxLUZrbUt8JMwg33NTOeXp0nLDZpBWM

Di dalam kenyataan media berkaitan dengan BKSS 5.0 yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), terdapat 11 inisiatif didalam pakej BKSS 5.0. Dua inisiatif tersebut berhubungkait dengan diskaun yang diberi keatas bil elektrik dan bil air. Manakala, inisiatif yang lain berhubungkait dengan penangguhan pelbagai pembayaran yang wajib dibayar kepada kerajaan dan diskaun ke atas sewa tempat berniaga iaitu fasiliti milik kerajaan.

"Persoalannya sekarang ialah, adakah pakej BKSS 5.0 ini mampu memberi manfaat yang berkesan kepada rakyat yang kini hidup dalam kesusahan serta dalam keadaan serba berkurangan? Wabak COVID-19 dan banjir teruk dibeberapa kawasan di Sarawak telah menambahkan lagi keadaan buruk  kepada seluruh rakyat Sarawak"

Pada tahun 2020, berdasarkan laporan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), terdapat sebanyak 369,139 keluarga B40 di Sarawak dan ini merupakan 52.5% daripada jumlah keseluruhan keluarga di Sarawak. Untuk lebih memahami kepentingan angka ini perlu ada fahaman yang lebih mendalam tentang istilah B40.

 https://sarawak.gov.my/web/home/news_view/244/14175/244/ 

https://www.statista.com/statistics/728240/number-of-households-malaysia/

https://www.google.com/search?lei=qRwOYN_WIPeF4-

EP2LWgiAQ&q=sarawak%20population%202019&ved=2ahUKEwifz-

em9bXuAhX3wjgGHdgaCEEQsKwBKAB6BAgQEAE&biw=1920&bih=937

Dalam pengukuran pendapatan isi rumah di Malaysia, terdapat tiga istilah yang digunakan untuk mengkategorikan pendapatan setiap sebuah keluarga. Kategori B40 (atau Bottom 40) adalah istilah yang diguna untuk  keluarga dimana pendapatan isi keluarga sebulan tidak lebih daripada RM4849.00. Keluarga B40 merupakan keluarga yang berada dalam kumpulan 40% terendah. Kategori M40 (atau Middle 40) diguna untuk merujuk kepada keluarga keluarga yang mana pendapatan isi keluarga diantara RM4850.00 sehingga RM10,959.00 sebulan dan T20 (atau Top 20) diguna untuk merujuk kepada keluarga yang mana pendapatan isi keluarga lebih daripada RM10,959.00 sebulan. 

https://www.imoney.my/articles/b40-m40-t20-income-

gap#:~:text=Been%20hearing%20about%20B40%2C%20M40,%2C%20B3%2C%20and%20so%20on.

Boleh dilihat dengan jelas disini bahawa 369,139 keluarga yang dikategorikan sebagai B40 adalah tidak tepat dan istilah B40 tidak sesuai digunakan lagi. Daripada statistik terkini terdapat 702,500 keluarga di Sarawak pada masa ini. Ini bermakna angka 369,139 itu sebenarnya merupakan 52.5% daripada jumlah keseluruhan keluarga di Sarawak.

Maknanya disini ialah, sebelum kedatangan wabak COVID-19 dan kesannya seperti penutupan perniagaan dan kehilangan pekerjaan sebahagian besar rakyat di Sarawak telah hidup dalam kemiskinan. Pada tahun 2019, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (atau UN), dalam satu laporan berkenaan dengan kemiskinan di Malaysia mengatakan kadar kemiskinan di Sarawak adalah diantara yang tertinggi di Malaysia.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/08/28/un-report-poverty-in-sarawak-higher-than-national-average

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/08/23/un-rights-expert-malaysias-poverty-rate-grossly-underreported-actual-number/1783504

Jadi, apakah yang rakyat Sarawak atau khususnya ahli keluarga B40 dan sebahagiannya kategori M40, tunggu dan tercari-cari dalam pakej BKSS 5.0? Jawapannya ialah bantuan dalam bentuk tunai. Tekanan yang deras akibat kehilangan pekerjaan akibat wabak COVID-19 dan belanja tambahan daripada keperluan yang mengiringi pembukaan tahun persekolahan baru memang cukup membimbangkan. Akan tetapi, bantuan tersebut bukanlah berbentuk tunai seperti apa yang difikirkan olerh rakyat. Apa yang terdapat dipakej itu adalah cuma penanguhan pembayaran wajib kepada kerajaan Sarawak, diskaun keatas sewa untuk premis perniagaan dan diskaun untuk bil eletrik dan bil air.  




Supaya apa yang ditulis dapat difahami dengan lebih jelas, saya akan mengakhiri artikel ini dengan kata kata berikut: Selepas menjadi kerajaan Sarawak selama 57 tahun, Barisan Nasional (yang kini dikenali sebagai GPS), bukan sahaja gagal memakmurkan rakyat Sarawak, malah sebahagian besar rakyat Sarawak pada hari ini hidup dalam keadaan kemiskinan dan serba berkurangan. Selepas lebih setenggah abad mentadbir Sarawak, mereka gagal memperoleh kemampuan dan kebijaksanaan yang amat perlu untuk menangani dengan jayanya lebih-lebih lagi dengan keadaan darurat seperti yang kita alami sekarang. Adakah lebihan dana kerajaan yang mengikut TKM Tan Sri James Masing lebih daripada RM31 billion sebenarnya tidak wujud? Dan bagaimana pula dengan pendapatan kerajaan Sarawak hasil 2 Production Sharing Contracts dengan Petronas yang dikatakan berbillion ringgit nilai keluaranya?

https://www.theborneopost.com/2018/06/19/masing-suggests-sarawaks-reserves-of-rm31-billion-be-used-before-the-next-state-election/

 

No comments:

Post a Comment