Friday, September 30, 2022

Kenapa isu ini isu basi?


Sungguh hebat peperangan psiko GPS menjelang PRU.15 dan serangan dari menteri dukun bertauliah ini, selepas kementerian beliau diberi nama yang baru merupakan tugas dan KPI utama pejabat beliau. Tahniah kita ucapkan kepada menteri ini kerana berjaya mengguna sekali lagi isu basi sebagai umpan pilihanraya.

Kenapa isu ini isu basi? Isu 'food security' di Sarawak dibangkit sejak akik Alfred Jabu jadi timbalan ketua menteri pertanian merangkap menteri pertanian. Tiap tiap kali akik merasa bosan beliau akan keluar kenyataan berkenaan dengan sektor pertanian dan 'food security' dan kita juga rasa bosan setiap kali isu ini dibangkit. Kita tahu pasal isu ini, macam kita tahu cukup atau tidak beras di dapur kita sendiri. Jadi kenapa perlu kitar semula? Kita tak tanya pun.

Hah, ini lah yang dinamakan perperangan psiko menjelang pilihan raya. Menteri menteri kerajaan yg memerintah sekarang akan keluar kenyataan berhubung kait dengan isu penting yg ada impak besar keatas kesejahteraan rakyat. Tujuan mereka ialah untuk menimbul dikarangan pengundi satu perasaan bahawa menteri menteri dan Yb Yb biasa dari sebelah kerajaan sedang berusaha keras untuk menjamin keselesaan dan kesejahteraan rakyat. Tetapi kita tahu ini semuanya wayang kulit yg mereka pelajari dari rakan rapat mereka dari parti PAS. 

Jadi bijak lah wahai anak anak Sarawak terutama sekali anak Sarawak yg jauh diluar bandar. Tujuan utama GPS dalam PRU.15 ialah untuk memperkasa big brother mereka iaitu BN/UMNO dan juga memboleh rakan rapat mereka PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat yg baru selepas PRU.15 diadakan.

Jangan biarkan menteri menteri dan Yb Yb GPS menutup mata kita dengan isu isu basi dan juga dengan bir Camel dan kambing batu @ janik @ babi yg mereka pasti bawa semasa datang ke komuniti kita semasa berkempen nanti.

Tolak GPS dan secara tidak lansung, tolak BN/UMNO. Jangan biarkan barisan kleptokrat, penyamun dan penyangak didalam BN/UMNO kembali berkuasa.

No comments:

Post a Comment