Monday, September 12, 2022

Apa sudah terjadi sekarang, 9 bulan selepas PRN-12?




Patuh kepada semua peruntukan MA’63 merupakan seruan semangat dari GPS sebelum PRN-12 pada bulan Disember 2021. Anak anak Sarawak amat teruja lalu penuh dengan kepercayaan memberi kemenangan yang sangat besar kepada GPS iaitu 76 kerusi DUN (daripada 82 kerusi DUN di dewan undangan negeri). Tidak pernah GPS (atau BN Sarawak sebelum Dec 2021) kerusi DUN sebanyak itu.

Apa sudah terjadi sekarang, 9 bulan selepas PRN-12?

Premier Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari berkata, GPS tidak tergesa-gesa untuk melihat Sabah dan Sarawak memperolehi 35% daripada jumlah kesemua kerusi dalam parlimen Malaysia. Kenyataan dari Abang Johari ini jelas sekali tidak mencerminkan janji-janji pemimpin GPS kepada anak anak Sarawak sebelum PRN-12. Ia juga bercanggah dengan inspirasi dan kehendak rakyat di Sabah. Ini menimbul satu soalan : Siapa yang memberi kuasa kepada Abang Johari untuk bercakap bagi pihak Sabah?

Nampaknya, ia seolah-olah ada pihak yang berkuasa dan berpengaruh tinggi yang telah masuk campur dalam hal ini. Kemungkinan besar pihak yang dimaksud itu telah bercakap dengan Abang Jo dan berkata ‘Bro, Bro, sudah lah tu. Kita biar kan awak melaung dan berteriak minta kerajaan persekutuan patuh kepada semua peruntukan didalam MA’63 supaya parti awak menang PRN-12. Awak pun sudah menang. Sekarang jadi lah budak baik. Duduk diam diam ok. Jangan lupa siapa yang bagi persetujuan dan kebenaran untuk awak keluar Barisan Nasional (BN) dan tubuh GPS’

Jangan lupa anak anak Sarawak : UMNO itu big brother kepada GPS dan falsafah Ketuanan Melayu UMNO dan PAS mencermin perjuangan dan inspirasi GPS.

Dalam PRU-15 yang akan diadakan tidak lama lagi,  setiap undi yang diberi kepada GPS merupakan undi untuk memperkasakan UMNO dan secara tidak langsung, memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan yang diterajui UMNO terus menjajah  Sarawak Bumi Kenyalang.

 

 (English Version)

 The Agreement & Consent Of UMNO Is A Prerequisite?

'35 pct parliamentary seats for Sabah, Sarawak must be restored'

Quote…..Ongkili said of late, lawmakers from Sabah and Sarawak had demanded for a review on the number of parliamentary seats for both states.

"I would like to suggest for all Sabah and Sarawak MPs to discuss this demand openly and orderly, and decisions be taken up with Election Commission for further action," he said.

https://www.nst.com.my/news/nation/2022/03/781257/35-pct-parliamentary-seats-sabah-sarawak-must-be-restored

Onus on EC to decide 35% seat distribution for East Malaysia, says Abang Jo.

Quite…He was referring to the recent decision by the Special Council on the Malaysia Agreement (MKMA63) to endorse the restoration of 35% quota of parliamentary seats for Sabah and Sarawak.

“As to where these seats will be, we leave it to the EC to decide as our task is to ensure the spirit of the Malaysia Agreement 1963 is upheld”

https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/09/10/onus-on-ec-to-decide-35-seat-distribution-for-east-malaysia-says-abang-jo

 No hurry for 35% quota of Dewan seats, says Abang Jo

Quote…PETALING JAYA: Sarawak’s ruling GPS coalition is in no hurry to have a 35% share of parliamentary seats allocated to East Malaysia, GPS chairman Abang Johari Openg said today.

 

No comments:

Post a Comment