Rasminya Ringgit cecah 4.40 berbanding 1 USD - Apa PUNCANYA?
Nak faham bagaimana harga Makanan naik ? Adakah sebab AP Import? Tidak!
Mudah faham begini, Jika kamu mengimport BERAS, contohnya dulu membayar RM 4 Juta. Hari ini ianya bertambah RM 400 Ribu disebabkan tukaran ringgit. Kalau RM 40 itu kesannya RM 4 ringgit tidak lah banyak, kalau RM 400 ribu itu sudah dapat beli RUMAH sebiji..
Begitulah juga kesannya kepada Peniaga Kecil. Bila harga bahan mentah naik, keuntungan peniaga kecil juga terjejas. Kuasa beli menurun. Sebagai contoh peniaga nasi Ayam. Jika dulu sehari kos untuk beli 100 ekor Ayam adalah RM 500 bagi harga RM 5 /KG, Dengan kenaikan harga Ayam kepada RM 9. Kesannya hari ini depa terpaksa bayar RM 900 Sehari.. Berapa kesannya sebulan kepada Peniaga?
Selalunya Peniaga kecil ini jenis tidak mengira, Tak buat kira kira kewangan. Itu sebab tak sedar.. Sedar sedar depa akan kata, rasanya JUALAN bulan ni sama jer macam bulan Lepas RM 20,000. Tapi kenapa duit aku tak cukup bulan ni nak bayar pekerja dan Sewa ? Itulah nilai Kos Sara hidup, sama macam orang makan gaji yang terpaksa beli makanan dengan harga yang tinggi. Hujung bulan gaji yang ada tak cukup!
Semua ni berlaku sebab apa ? Bukan sebab Permit Import (AP). Bukan sebab Petani dan Penternak..ia disebabkan Kelemahan Kerajaan. Tapi rakyat Sarawak ini apa dia kira? selagi boleh makan tidak macam rakyat Sri Lanka. Selagi ada gaji dan Pencen, boleh belanja duit KWSP sendiri, asal Melayu GPS perintah. Semua takda hal..
Mana pergi geng BMF? Sekarang minyak masak 5kg boleh mencecah RM 50 dan harga petrol RON97 sudah RM 4.70 seliter.
No comments:
Post a Comment