Tuesday, April 5, 2022

Jumlah hutang negara cecah RM1 Trilion


Hutang Negara Malaysia Meningkat

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz menjawab pengkritik yang mempersoalkan asas terhadap hutang negara oleh kerajaan, dengan berkata jumlah itu termasuk pinjaman pesisir luar dan pinjaman lain sebanyak RM979.8 bilion atau 63.4% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada akhir 2021.



1) Rekod Bayar Hutang Kerajaan Persekutuan Tidak Masuk Bajet

Berdasarkan rekod, sebagai contoh pembayaran geran kepada PTPTN RM2 bilion setiap tahun, Suntikan modal kepada Prasarana yang mengalami kerugian setiap tahun tidak dimasukkan dalam bajet.

Dan banyak lagi perbelanjaan untuk bagi suntikan modal dan tolong bayar hutang tidak direkod dalam bajet dan jelas menyumbang kepada masalah hutang kita

2) Pembayaran Faedah Tinggi

Setakat rekod pada 19 Mac 2021, kerajaan terpaksa bayar faedah hutang sebanyak 12.5 peratus (RM31 bilion) daripada jumlah pendapatan yang diterima. Ia adalah 2 kali ganda dibandingkan dengan negara jiran kita iaitu hanya serendah 6.1 peratus

3) Perbelanjaan Infrastruktur

Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Jomo Kwame Sundaram mempertikaikan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan Malaysia bagaimana cara negara menguruskan jumlah perbelanjaan infrastruktur di Malaysia.

4) Kos Perbelanjaan Mengurus

Berdasarkan laporan berita yang dikeluarkan oleh Editor The Edge mengatakan peningkatan perbelanjaan mengurus sekitar purata 6 peratus menumbang kepada lonjakan dan peningkatan hutang

5) Pendapatan Negara Malaysia Terjejas

Dengan kejatuhan harga minyak dunia sedikit sebanyak menjejaskan kemauskan pendapatan negara.

Berdasarkan rekod satu dollar Amerika kenaikan harga minyak dunia bagi setiap tong minyak mentah dunia memberikan peluang pendapatan negara sebanyak RM300 sejuta

6) Boros Berhutang

Berdasarkan rekod hutang yang terus bertambah sekali ganda berbanding jumlah hutang yang pernah dilakukan oleh Perdana Menteri sejak pemerintahan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Jumlah yang ada sekarang cukup merisaukan rakyat semua.

Sejak dari era pemerintahan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir hutang yang terkumpul hanyalah sekitar RM300 juta sahaja sebelum kegawatan ekonomi 1998

Walaubagaimanapun, sejak pemerintahan Najib Razak hutang telah naik lebih sekali ganda. Mengapa kenaikan naik cukup mendadak.

Mengejutkan apabila kerajaan diambil alih Tun Mahathir mohamad mengatakan hutang terkini telah mencecah RM1 trilion semasa di bawah pimpinan Najib Razak.

Lagi mengejutkan apabila Kerajaan Perikatan Nasional membelanjakan RM 100 bilion (RM 100,000,000,000.00) dalam tempoh 12 bulan. Yang pasti, hutang negara Malaysia pada 2022 pasti mencecah RM 1 trillion sekarang!


No comments:

Post a Comment