Monday, April 4, 2022

Gaji Minimum Di Malaysia - Antara Pekerja Dengan Majikan Berpengaruh & Kerajaan

 Gaji Minimum Di Malaysia - Antara Pekerja Dengan Majikan Berpengaruh & Kerajaan






Majikan, disokong oleh pelbagai persatuan mereka, tidak segan menunjuk keengganan mereka mematuhi dengan sepenuhnya peraturan gaji minima yang baharu. Keenggannan mereka berpunca daripada pelbagai askpek seperti kos tambahan menjalankan perniagaan, daya maju berterusan perniagaan mereka mungkin terbantut dan kepada cara dan bila pelaksanaan peraturan gaji baharu.

Persatuan perniagaan mengisi kenyataan mereka dengan kata-kata yang bertujuan untuk menakutan pihak yang berkuasa. Mereka kata kesan negatif dari kenaikan tahap gaji minima akan menjangkau jauh kemasa depan. Salah satu daripada alasan yang digunakan dan yang menunjukkan betapa tidak logiknya beberapa perselisihan pendapat adalah apabila mereka mendakwa kenaikan tingkat gaji hanya menguntungkan pekerja asing. Dikatakan pekerja asing tidak akan menghabiskan gaji mereka di Malaysia tetapi menghantarnya pulang ke negara asal mereka.

Malah perniagaan yang berasaskan sumber semula jadi yang diberikan secara percuma oleh Tuhan Pencipta mengeluh tentang tahap gaji minimum terkini.

Siapakah pihak berkepentingan dalam isu ini dan apakah yang dipertaruhkan di sini?

Pihak Berkepentingan - Pekerja Atau Kumpulan Majikan

Kumpulan pemegang kepentingan utama ialah kumpulan pekerja. Gaji mereka menentukan keupayaan mereka untuk menyediakan keperluan sumber makanan yang mencukupi untuk keluarga mereka, menanggung kos pendidikan anak-anak mereka, membayar bil utiliti dan kos pengangkutan dan menyediakan tempat tinggal untuk keluarga mereka. Dan apa yang disebutkan di sini adalah yang keperluan asas dan yang minima sekali.

Sekiranya gaji minima yang dikenakan terus rendah dan tidak saksama, kadar kemiskinan di Malaysia bukan sahaja akan kekal tinggi malah akan menjadi lebih tinggi pada masa hadapan.

Sri Lanka kini mengalami beberapa protes terburuk berhubung dengan kos sara hidup yang tidak tertanggung. Rakyat Malaysia juga sedang berdepan dengan peningkatan kos sara hidup dan bilangan keluarga miskin yang mendapatkan bantuan daripada bantuan kerajaan (BRIM, BSH, BPR dan BKM dll) semakin meningkat.

Ini terbukti didalam statistik Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang menyaksikan peningkatan sebanyak 1 juta penerima berbanding Bantuan Perihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.

Pihak Berkepentingan - Pekerja Atau Kumpulan Majikan

Peningkatan dalam mana-mana komponen kos pengeluaran produk dan perniagaan akan diterjemahkan kepada harga runcit produk siap yang lebih tinggi. Kesan negatif pada keuntungan perniagaan hanya berlaku apabila kenaikan harga runcit menyebabkan pengurangan dalam jumlah jualan atau apabila kenaikan itu tidak mencukupi untuk menyerap tambahan dalam kos selepas jualan. Oleh itu, hanya apabila jumlah jualan menurun secara drastik, perniagaan sebenarnya mengalami kerugian atau penurunan keuntunga kerana kos pengeluaran tambahan tidak dapat diturunkan kepada pengguna dengan sepenuhnya. Ia adalah peristiwa yang sangat jarang berlaku apabila pemilik perniagaan secara sedar mengurangkan margin keuntungan mereka supaya tidak menurunkan beban kos tambahan kepada pelanggan mereka.

Pihak Berkepentingan - Kerajaan

Kedudukan kerajaan Malaysia sebagai pihak berkepentingan dalam isu kecukupan pendapatan rakyat menjadi lebih ketara dengan pengenalan skim bantuan tunai yang dinamakan Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) pada tahun 2012. BR1M bertujuan untuk melembutkan kesan pemberhentian selimut subsidi yang antara lain meliputi subsidi kos bahan api, gas asli, beras, gula, minyak masak, caj tol dan tambang bas supaya tekanan kenaikan kos sara hidup tidak membeban dan memudaratkan rakyat.

Sebanyak RM2.09 biliun dalam bentuk BR1M pertama telah diagihkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan pada tahun 2012. Pada 2022 sebanyak RM8.2 biliun telah diagihkan dalam bentuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Ini menunjuk dengan jelas sekali bahawa kenaikan kos sara hidup telah meningkat jauh lebih cepat dan tinggi berbanding kenaikan pendapatan rakyat Malaysia.

Dimana Impak Negatif Tahap Gaji Yang Rendah Boleh Dikelihatan?

Status Negara

Berdasarkan anggaran penduduk pada tahun 2021 terdapat sebanyak 32,700,000 rakyat diMalaysia. Ini bermakna ada wujudnya sebanyak  8,175,000 keluarga diMalaysia. Daripada jumlah ini sebanyak 4 juta keluarga yang dikategorikan sebagai keluarga B40. Di Sarawak sebanyak 55% sehingga 60% daripada jumlah besar keluarga adalah keluargan B40.

Ekonomi Digital Dan Era IR.4

Ekonomi dan perindustrian yang bercirikan rejim gaji yang rendah adalah ekonomi yang terlalu bergantung kepada buruh yang bertahap intensif. Ini bermakna  kehadiran industri ketepatan atau industri yang mencerminkan ciri ciri IR.4, walau sedikit pun tidak ada sama sekali. Kalau ada pun dengan kadar yang minima.

Pergantungan Kepada Buruh Dari Luar Negara

Sekatan pergerakan didalam negeri dan diantara negara yang dikenakan berikutan pandemik Covid.19 telah menunjukan kesan kesan buruk yang menimpa industri industri di Malaysia, dari industri pembinaan ke industri pertanian skala perladangan dan ke industri servis. Oleh kerana gaji yang murah disektor 3D (dirty, dangerous & difficult) pekerja tempatan tidah tertarik kepada industri 3D. Dalam keadaan dimana pekerja dari luar negara tidak dapat diperolehi maka daya maju syarikat syarikat dalam industri 3D sudah tidak terjamin.

Status Sosio Ekonomi Rakyat Malaysia

Selain daripada menambah kepada ketidakupayaan ibu bapa menyediakan keperluan asas untuk ahli keluarga mereka, pendidikan anak anak pun turut terjejas. Pembelajaran atas talian yang merupakan satu daripada akibat pandemik Covid.19 telah mengakibatkan beberapa berapa pelajar disetiap peringkat pendidikan tercicir dari sistem pelajaran kerana ibu bapa mereka tidak mampu menyediakan alat alat yang diperlu untuk anak anak mereka. 

Saya berani berkata disini bahawa genangan gaji (wage stagnation) adalah satu situasi yang boleh dielakan. Ini adalah kerana genangan gaji perkerja berpunca dari polisi kerajaan. Dan polisi berkenaan dengan gaji minima kerajaan buat untuk memudahkan urusan dan menjaga kepentingan pemilik syarikat syarikat yang kaya raya dan berpengaruh tinggi. Secara tidak lansung, peralihan industri yang berciri buruh intensif kepada teknoloji digital dan IR.4 dan seterusnya kepada status ekonomi yang maju terhalang atau terbantut.

Oleh kerana masalah genangan gaji berpunca dari polisi kerajaan, maka penyelesaian bagi masalah ini juga terdapat didalam polisi kerajaan. Demi kepentingan jangka masa panjang Malaysia, kerajaan wajib ada keberanian dan kehendak politik untuk melaksanakan tahap gaji minima yang bukan saja adil tetapi yang juga sakasama kepada pekerja di Malaysia.

Saya pasti bahawa pemilik pemilik syarikat yang sekarang memandu kereta jenama Mercedes dan Bentley tidak akan bertukar kereta mereka kepada Perodua Axia atau Proton Saga atau berpindah dari rumah bungalo mereka kepada unit perantaraan rumah teres satu tingkat atau mula makan nasi lemak biasa jikalau gaji minima yang baru baru digubal dilaksanakan dengan segera.


***************************************************************************

(ENGLISH VERSION)

Minimum Wage In Malaysia - Between The Employees And Powerful Employers & The Government

Employers, backed by their various associations, balked at the new minimum wage rule. Their disagreement ranges from additional costs of doing business, the continuing viability of their business and to the how and when of the implementation of the new wage rules.

Business associations peppered their statements with words like far reaching consequences ( i.e negative consequences) to instill fear in the audiences. One fear that shows how illogical some of the disagreements are is that an increase in wage level only benefits foreign workers. It is said foreign workers will not spend their wages in Malaysia but send it back to their home country.

Even businesses based on natural resources given free by Creator God are complaining about the latest minimum wage level. 

Who are the stakeholders in this issue and what are at stake here?

Stakeholder - Workers Or The Employers Group

---------------------------------------------------------------

The most important stakeholder group is the workers or the employees group. Their wages determines their ability to put food on the table for their family, pay for their children education, pay utilities bills and transport costs and provide shelter for their family. And what are mentioned here are the bare minimum. 

If the minimum wage applicable continues to be low and inequitable, poverty rate in Malaysia will not only remain high but will become even higher in the future.

Sri Lanka is now experiencing some of the worst protests over unbearable cost of living. Malaysians too are battling rising costs of living and the number of poor households seeking relief from government handouts (BRIM, BSH, BPR and BKM etc etc) is increasing. 

The Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) saw an increase of 1 million recipients compared to the preceding Bantuan Perihatin Rakyat (BPR).

Stakeholder - Employers

--------------------------------

An increase in any component of the costs of doing business will translate into higher retail price of the finished products. Adverse impact on the bottom line of businesses only happen when increased retail price causes a reduction in the volume of sales or when the increase in price is not sufficient to absorb the additional in post-sales costs. Thus, it is only when the volume of sales goes down drastically that businesses actually suffer from increases in cost of doing business because the additional production costs are passed down to consumers. It is the very rare occasion that business owners consciously reduce their profit margin so as not to pass down the burden of additional cost to their customers.

Stakeholder - The Government

The Malaysian government position as a stakeholder in the issue of sufficiency of the citizens’ income becomes more pronounced and more visible with the introduction of a cash aid scheme called Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) in 2012. BR1M was intended to soften the effects of the discontinuance of the subsidy blanket which among other things covered subsidy for fuel costs, natural gas, rice, sugar, cooking oil, toll charges and bus fares so that the pressure of rising costs of living will not overwhelm the citizens’ income.

A total of RM2.09 in cash was given to eligible Malaysian in the 1st BR1M payout in 2012. Bantuan Keluarga Malaysia 2022 is expected to payout a total of RM8.2 billion. This clearly shows that the cost of living for most Malaysians have greatly outpaced the growth in their income.

Where Can The Adverse Impacts Of Low Wage Level Be Seen?

Status Of The Nation 

Based on the estimated population of 32,700,000 in 2021, there are 8,175,000 households in Malaysia. Out of this total, 4 million households are categorised as B40. In Sarawak, the B40 households is in the region of 55% - 60% of the total households in the state. If wages are perpetually kept at a low level, Malaysia will forever be trapped in the low income category and the gap between the rich and the poor will continue to widen and Malaysia’s dream of becoming a developed country will be a perpetual moving target. 

Digital Economy And IR.4 Era

An economy and industry characterised by a low wage regime speaks of the prevalence of labour intensive industries with minimum or even a total absence of precision industries or anything that remotely hints of IR.4. This in turn will adversely impact on the government’s efforts to promote TVET education, making it hard for Malaysia to transition to a digital economy and into the IR.4 era in an effective manner.

Dependence On Foreign Labour

The Covid.19 pandemic, with all its consequential restrictions on intra and inter-borders travels brought to the fore the effects of travel restrictions on our industries, from the construction industry to the plantation-scale agriculture industry to the service industry. Local workers are not attracted to the 3Ds sector because of low wages that characterised these sectors. The viability of these sectors becomes questionable because of the labour constraints that hinders them.

Socio  Economic Status Of Malaysians

Besides contributing to the inability of the poor to provide for the basic physiological needs of their family members, the education of their children too is affected. The online education necessitated by the Covid.19 pandemic caused many students at all levels of education to drop out of the system because their parents were unable to equip them with the tools and equipment required for online learning. When this happen, the hopes of poor households to escape from the cycle of poverty through education is snuffed out.

I would venture to say that wage stagnation is now a situation that cannot be avoided. In fact it is clearly the direct result of government policies on behalf of those with the most power and wealth that have suppressed wage growth. Indirectly, this thwarts the transition of Malaysian industries from being labour intensive to the digital technology and IR.4 era driven industries and onward to a developed nation status.

Because wage stagnation is caused by government policy, it can be alleviated by policy. In the long term interest of Malaysia, the government must have the courage and the political will to implement the minimum wage level that speaks of fairness to and equitable treatment of workers.

You can be sure that owners of businesses will not be reduced from driving their Mercedes and BMWs to driving a Perodua Axia or a Proton Saga, moved out from their 2-stories bungalows to intermediate lost cost terrace houses nor will they be reduced to just eating nasi lemak biasa if the minimum wage level is immediately implemented.


No comments:

Post a Comment