Friday, August 20, 2021

GPS Cuba Nasib -Dari MA63 Kepada Dua Orang TPM

 GPS Cuba Nasib -Dari MA63 Kepada Dua Orang TPM


(Bahasa Melayu)

Kandungan dua surat khabar arus perdana yang berpengkalan di Sarawak iaitu Borneo Post dan New Sarawak Tribune hari ini merangkumi kenyataan dari beberapa pemimpin GPS dimana mereka menyarankan agar kerajaan persekutuan baru, yang bakal memimpin dalam tiga atau empat hari dari sekarang, melantik seorang ahli parlimen GPS dari Sarawak sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM). Rakyat di Sarawak merasa ‘senang hati’ kerana saranan untuk seorang TPM dari Sarawak, yang bermula dari pemimpin tahap bawahan parti PRS, berjaya menjadi satu permintaan yang berbunyi serius dari beberapa pemimpin atasan GPS. Mereka telah mengesyorkan agar Datuk Alexander Nanta Linggi (Alex Nanta) diangkat sebagai TPM Malaysia.

https://dayakdaily.com/prs-youth-backs-kapit-mp-to-be-deputy-prime-minister/

Pada 19hb August 2021, Lidam Assan, bekas Setiausaha Politik mengeluarkan satu kenyataan dimana beliau menyeru agar Alex Nanta dilantik sebagai DPM. Hari ini seruan yang sama dikeluarkan oleh Datuk Abdul Karim Hamzah (Karim), Menteri Pelancongan, Kesenian,Budayaan, Belia dan Sukan. Karim juga merupakan salah seorang daripada Naib Presiden parti PBB. Alex Nanta pula merupakan Setiausaha Agung parti PBB.

https://dayakdaily.com/prs-youth-backs-kapit-mp-to-be-deputy-prime-minister/

Turut mengeluarkan kenyataan yang serupa ialah Timbalan Ketua Menteri (TPM) Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Presiden parti PRS. Beliau cadang supaya dua (2) orang TPM dilantik, seorang dari Sarawak dan seorang lagi dari Sabah.

Kenapa dia tidak menyarankan agar seorang MP GPS dari Sarawak dilantik sebagai PM sudah menjadi satu perkara yang agak mengelirukan kepada rakyat di Sarawak. Kemungkinan pengalaman beliau sebagai ulun Malaya sekian lama membuat beliau puas hati dengan pingat perak dan pingat emas boleh diberi kepada pemimpin dari Malaya.

Apa erti semua ini kepada kita? Kunci kefahaman keatas erti semua kenyataan ini boleh didapati didalam satu kenyataan daripada Lo Khere Chiang, ADUN Batu Kitang yang terkandung dimuka surat 4 surat khabar New Sarawak Tribune hari ini yang berbunyi ‘Perdana Menteri baru wajib melaksanakan kesemua tuntutan yang terkandung didalam MA63’. Jawatan TPM dari Sarawak dan dari Sabah seperti yang dicadang merupakan penambahan kepada retorik GPS dalam isu MA63, salah satu daripada petunjuk petunjuk prestasi utama mereka. Dalam hal ini sudah cukup jelas bahawa GPS sudah gagal dengan teruk sekali. Supaya kita boleh ingat dengan jelas perlu kita mengimbas apa yang pernah berlaku sebelum ini.

Pada April 2019 kerajaan PH telah bawa ke parlimen satu rang undang undang (RUU) yang bertujuan meminda perlembagaan persekutuan supaya proses untuk mengembalikan hak hak Sarawak yang terkikis semasa pemerintahan BN boleh bermula. RUU itu memerlukan sokongan daripada dua pertiga (2/3) ahli parlimen untuk diluluskan. Semasa sesi mengundi diambil keatas RUU itu ahli parlimen GPS telah ambil keputusan untuk tidak menyertai proses mengundi dan ekoran itu RUU ditolak. Tindakan ahli parlimen GPS itu merupakan satu tindakan mengkhianati Sarawak dan aspirasi aspirasi anak Sarawak dan telah disokong dengan penuh oleh PAS.

https://dayakdaily.com/gps-did-not-gang-up-with-others-to-reject-constitution-amendment-bill-assures-wan-junaidi/

Menteri Undang Undang Sarawak Sharifah Hasidah memberitahu Baru Bian, yang pada masa itu merupakan Pengerusi Negeri untuk parti PKR bahawa mereka (barisan pemimpin GPS) bukan bodoh.

https://dayakdaily.com/sharifah-hasidah-to-baru-we-are-not-fools/

Pada bulan Mac 2020, selepas jatuhnya kerajaan PH ekoran tindakan Muhyiddin Yassin membawa keluar parti beliau iaitu PPBM daripada gabungan PH, kerajaan PN ditubuhkan. Disini perlu disebut bahawa penubuhan kerajaan PN adalah diatas sokongan GPS dan sokongan padu daripada ahli parlimen GPS lah yang menjadi pemangkin penubuhan kerajaan PN. Perlu juga disebut disini bahawa sokongan dari ahli parlimen GPS memudahkan kemasukan parti PAS sebagai parti komponen PN.

Dalam peranan mereka sebagai kingmaker semasa penubuhan kerajaan Perikatan Nasional GPS juga telah menjadi rakan yang strategik didalam kerajaan PN. Maka tinggi lah harapan anak Sarawak GPS akan berjaya ambil balik semua hak hak Sarawak yang sekian lama dihakis oleh kerajaan persekutuan semasa BN memerintah. Sayang sekali mereka gagal, dengan teruk sekali.

Sehingga hari ini isu MA63 masih merupakan isu yang hangat sekali, apa lagi dalam keadaan Sarawak bersedia menghadapi pilihan raya negeri ke-12 (PRN-12). Dalam usaha mereka mengelakkan tumpuan anak Sarawak daripada isu MA63 ini, pemimpim GPS telah mengambil keputusan untuk menggunakan isu TPM sebagai satu umpan. Namun anak-anak Sarawak tidak buta dan tidak bodoh. Semasa PRN-12 nanti, anak-anak Sarawak akan membuka pintu keluar kepada GPS.

〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰

(English Version)

GPS Try For Some Luck- From MA63 To Two DPM

Sarawak based and mainstream newspapers the Borneo Post and the New Sarawak Tribune is today replete with statements from GPS leaders calling for the creation of two Deputy Prime Minister (DPM) posts, one each for Sarawak and Sabah. It is a ‘pleasant’ surprise that a wish of low level leaders in Parti Rakyat Sarawak (PRS) for Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (Alex Nanta) to be made DPM by the incoming Prime Minister (PM) has gained traction among senior leaders in the Gabungan Parti Sarawak (GPS).

https://dayakdaily.com/prs-youth-backs-kapit-mp-to-be-deputy-prime-minister/

On the 19th August 2021 Lidam Assan, the former Political Secretary of Alex Nanta echoed the call made by the PRS youth leaders. That same call is today repeated by Datuk Abdul Karim Rahman  Hamzah (Karim), state Minister for Tourism, Art, Culture, Youth and Sports. Incidentally, Karim is also a Vice-President of PBB, the party which Alex Nanta belongs to and in which he is the Secretary General.

https://dayakdaily.com/prs-youth-backs-kapit-mp-to-be-deputy-prime-minister/

Echoing the call is DCM Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing ( Masing ) who is the President of PRS. Masing expanded the scope of that wish by proposing a DPM post each for Sarawak  and Sabah and Sarawakians are now filled with awe and amazement.

Why he did not called for a PM to be appointed from among GPS’s MPs is beyond our imagination. Maybe being subservient to Malayan leaders in BN in the past and in PN recently has conditioned him into being satisfied with a silver medal and not the gold.

What are we to make of all these calls? The key to understanding these calls can be found in the statement by ADUN for Batu Kitang, Lo Khere Chiang which the New Sarawak Tribune put in page 4 of today. The caption for that statement goes ‘ New PM must fulfil MA63 ‘. The proposed DPMs from East Malaysia is the extension of their rhetoric on MA63, a key performance indicator (KPI) in which GPS has clearly failed. Just to recap - In April 2019 the PH federal government moved a bill in parliament to start the process of returning Sarawak’s rights (enshrined in the MA63 and the federal constitution) which were removed by the then BN federal government through an amendment of the federal constitution in 1976. The bill required a two third (2/3) approval in the dewan rakayt but GPS MP’s chose to abstain from voting and as a consequence the bill failed. By abstaining GPS betrayed Sarawak (and Sabah) and the aspirations of all East Malaysians. GPS was supported in their action by PAS.

https://dayakdaily.com/gps-did-not-gang-up-with-others-to-reject-constitution-amendment-bill-assures-wan-junaidi/

Sarawak’s de facto Law Minister Sharifah Hasidah told a very upset Baru Bian, then state chairman of Parti Keadilan Rakyat (PKR) that they abstained because they were not fools.

https://dayakdaily.com/sharifah-hasidah-to-baru-we-are-not-fools/

In March 2020, following the collapse of the Pakatan Harapan (PH) government, a consequence of Muhyiddin Yassin leading his party PPBM (Bersatu) out of the PH coalition, the Perikatan Nasional (PN) government came into power. Here is it necessary to point out that GPS facilitated the formation of the PN federal government because it was the support of their MPs that gave the PN coalition the majority they needed. Their support also enabled the islamist PAS to be part of the federal government, a very first for PAS.

As kingmaker in the forming of the PN federal government GPS too acquired the position of a strategic partner in the government. Hopes that GPS will finally recover Sarawak’s rights (something which they failed miserably at doing when they were in BN) ran high. Everybody assumed that they will put the kingmaker status and strategic position to maximum use. Unfortunately they failed, again! This fact is not lost on Sarawakians as they feel the adverse effects on their lives.

The MA63 issue continue to be the hot button issue as Sarawak approaches the 12th state election (PRN-12) and to mitigate the adverse effects of their failure in the MA63 issue they decided it necessary to bring up the DPM posts, to divert the attention of Sarawakians. Now it is the turn of ordinary Sarawakians to tell them we are not fools and during the PRN-12 we will show you the exit door, just as you helped Muhyiddin and his PN’s partners showed PH the exit door. As you opened the back door to let PAS in, we will open the front door for you to leave.


No comments:

Post a Comment