Friday, August 6, 2021

Gabungan Parti Sarawak (GPS) - Dimana Pendirian Kamu?

 Gabungan Parti Sarawak (GPS) - Dimana Pendirian Kamu?

 


Pada 6hb July 2021, Menteri Undang Undang Takiyuddin Hassan memaklumkan kepada parlimen bahawa kesemua enam (6) Ordinan Darurat 2021 sudah dibatal oleh kabinet pada 21st July 2021. Pada 29th July 2021, parlimen diberitahu bahawa pembatalan ordinan-ordinan Darurat 2021 telah dibuat tanpa persetujuan daripada Yang DiPertuan Agung (YDPA). Dengan serta-merta, parlimen gempar dengan suara bantahan daripada ahli parlimen yang berada dalam dewan. Rakyat biasa juga menyuarakan bantahan dan tidak senang hati diatas tindakan TSMY dan ahli-ahli kabinet beliau.

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/07/26/takiyuddin-emergency-laws-already-revoked-on-july-21/1992651

Diantara sebab sebab rakyat biasa dan ahli parlimen membantah tindakan tersebut ialah: 1. Pembatalan ordinan-ordinan Darurat tanpa persetujuan YDPA merupakan satu tindakan yang tidak hormat kepada Baginda. 2. Pembatalan itu bercanggah dengan peruntukan yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan. 3. Lebih daripada itu, tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kabinet beliau merupakan rampasan kuasa YDPA.

Dibawah prinsip kebangsaan Malaysia, juga dikenali sebagai Rukun Negara, Kesetiaan kepada raja dan negara merupan rukun kedua, dibelakang rukun pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan. Rukun ketiga adalah Keluhuran Perlembagaan dan rukun keempat ialah Keluhuran Undang-Undang. Pembatalan ordinan ordinan Darurat 2021 tanpa persetujuan YDPA bercanggah dengan tiga (3) daripada 5 rukun yang terkandung didalam Rukun Negara. Ia tidak menghormat YDPA, bercanggah dengan perlembagaan dan bercanggah dengan rukun keluhuran undang-undang.

Semua ini ialah kejadian dan tindakan yang sepatutnya tidak dilakukan oleh mana mana kerajaan yang penuh tanggungjawab.

https://www.youtube.com/watch?v=GwHw-6QPgqI

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, sesi parlimen pada 29th July 2021 telah ditangguh ke sebelah petang. Ahli parlimen yang ada didewan pada hari itu juga diberitahu bahawa mereka cuma dibenarkan keluar dari bangunan parlimen selepas mereka menjalani saringan Covid-19. Seperti yang dijangka, saringan Covid-19 disusuli dengan satu pengumuman bahawa parlimen tidak akan terus bersidang seperi yang sudah dirancang.

Penangguhan sesi parlimen itu dengan serta merta menghalang dan menghentikan ahli parlimen daripada membahas dan mengundi dalam isu isu yang penting kepada negara. Akibat daripada itu, maka isu berkenaan dengan kepercayaan kepada PM tidak dapat diselesaikan sehingga hari ini.

Isu kurang percaya dan sokongan timbul lagi pada 3hb Ogos apabila UMNO mengumumkan bahawa mereka sudah ambil keputusan untuk menarik balik sokongan mereka kepada PM dan kerajaan PN. Ekoran daripada keputusan UMNO itu, maka tahap kepercayaan dan sokongan kepada PM dan kerajaan PN, beliau sekarang berada ditahap yang banyak menimbul tanda tanya.

YDPA juga mengambil berat isu kurang percaya dan sokongan ini dan pada 4hb Ogos 2021, semasa mesyuarat mingguan baginda dengan PM, baginda telah membawa isu itu ke dalam perbincangan mereka. Susulan daripada itu PM telah berjanji akan membolehkan isu tersebut dibahas didalam parlimen pada bulan September dan pengundian dijalankan.

Hampir kesemua yang disebut diatas hanya kronoloji kejadian dalam sejarah Malaysia dalam beberapa hari dikebelakangan ini. Jadi soalan nya sekarang apakah tujuan semua ini? Bila dan bagaimana GPS berhubungkait dengan perkara ini?

Sebelum 23hb Feb 2020, kerajaan persekutuan ialah kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan perdana menteri kerajaan PH ialah TDMM. Pada masa itu, TDMM juga merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Presiden parti PPBM ialah TSMY. Pada malam 23hb Feb 2020, TSMY telah mempengerusi satu mesyuarat barisan pemimpin PPBM dan dalam mesyuarat itu mereka ambil keputusan untuk keluar dari PH. TDMM tidak hadir dalam mesyuarat tersebut. Pada 24hb Feb 2020, TSMY mengumumkan keluaran PPBM daripada PH dan akibat tindakan PPBM itu, maka kerajaan PH digulingkan. Kecewa dengan tindakan TSMY dan pemimpin pemimpin PPBM yang turut sama dengan TSMY, maka TDMM pun letak jawatan sebagai PM.

Disini perlu saya bercakap sedikit mengenai peranan TSMY dalam keruntuhan kerajaan PH dengan tujuan menerangkan satu fakta yang tidak disedari oleh banyak rakyat Malaysia iaitu kerajaan PH diguling dan runtuh bukan kerana beberapa ahli parlimen PKR telah ambil keputusan keluar dari PKR atau kerana TDMM letak jawatan sebagai PM.

Dengan keluarnya 26 ahli parlimen PPBM dari PH maka PH cuma mempunyai 109 ahli di parlimen, kurang 3 ahli untuk memenuhi keperluan minima untuk kekal sebagai kerajaan. Ahli parlimen PKR yang diketuai oleh Azmin Ali dan yang telah buat keputusan keluar dari parti mereka mengumumkan keputusan mereka pada petang 24hb Feb 2020, iaitu selepas kerajaan PH diguling. Jelas sekali kerajaan PH runtuh akibat tindakan TSMY membawa PPBM keluar dari PH.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/01/i-feel-betrayed-mostly-by-muhyiddin-says-dr-m

Pada 3hb dan 4hb Ogos 2021 berlakunya satu kejadian yang serupa dengan apa yang telah berlaku pada bulan Feb 2020. Kali ini kejadian berhubung kait 12 ahli parlimen UMNO yang telah ambil keputusan untuk keluar dari PN dan menarik balik sokongan mereka pada TSMY. Majlis pimpinan UMNO telah bermesyuarat pada malam 3hb Ogos 2021 dan mereka telah ambil keputusan untuk keluar dari PN. Mereka mengumumkan keputusan mereka pada 4hb Ogos 2021. Dengan itu PN dan TSMY ditingggal dengan 103 ahli parlimen iaitu 9 kurang daripada keperluan minima untuk kekal sebagai kerajaan. Dengan ini dan secara praktik, kerajaan PN runtuh selepas memerintah sepanjang 17 bulan sahaja.

Namun sehingga hari ini iaitu pada 6hb Ogos 2021 PN masih kekal sebagai kerajaan persekutuan dan TSMY kekal sebagi PM. Bagaimana mereka kekal sebagai kerajaan dan PM sekarang  sudah menjadi satu misteri yang sangat membingungkan kepada rakyat Malaysia. Mereka telah memulakan perjalanan mereka sebagai kerajaan tidak bermandat dan pada hari ini mereka kekal sebagai kerajaan tidak bermandat.

Dimanakah tempat dan peranan GPS dalam pergolakan pergolakan ini? GPS secara rasmi bukan sebahagian dari gabungan PN tetapi mereka telah setuju memberi sokongan kepada TSMY sebagai PM dan mereka juga setuju menyertai kerajaan PN. Mereka kata peranan mereka sebagai ‘king maker’ telah mempermudahkan pembentukan kerajaan PN dan sekaligus membolehkan PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan. Bagi PAS ini adalah satu kejadian bersejarah kerana sebelum ini mereka tidak pernah menjadi kerajaan.

https://en.wikipedia.org/wiki/Perikatan_Nasional#Member_parties_and_confidence_and_supply

Selepas kejadian 3hb Ogos 2021 iaitu keluarnya UMNO dari PN, komen-komen daripada GPS kesemuanya menyatakan sokongan kepada kerajaan PN dan kepada TSMY sebagai PM. Warga Sarawak  terkilan dengan tindakan GPS menyokong sebuah kerajaan yang jelas sekali sudah gagal dan sudah runtuh. KM Abang Johari dalam satu kenyataan media berkata ,’ Muhyiddin telah mengambil satu tindakan yang bijak manakala seorang naib-pengerusi PBB iaitu Abdul Karim Hamzah berkata, ‘ GPS mampu membuat keputusan yang bijak’ dalam hal ini.

https://www.theborneopost.com/2021/08/04/cm-muhyiddin-made-wise-move-with-confidence-vote-in-parliament/

https://www.theborneopost.com/2021/08/04/abd-karim-gps-leadership-capable-of-making-wise-decision-amidst-political-crisis/

Ringkasan semua ini, apa yang boleh dikatakan berkenaan pendirian GPS dalam hal ini ialah: Mereka tidak kisah dan tidak perduli TSMY dan kabinet beliau tidak menghormati YDPA dan mereka juga tidak kisah serta tidak peduli akan tindakan TSMY dan kabinet yang bercanggah dengan peruntukan perlembagaan dan dengan keluhuran undang undang.

No comments:

Post a Comment