Wednesday, February 3, 2021

COVID-19 - CM Abang Johari, Jangan tunggu, Beli Vaksin Sekarang! (Bahasa)

COVID-19 - CM Abang Johari, Jangan tunggu, Beli Vaksin Sekarang!

 

“Sakit...siapa kata tak sakit? Seluruh badan terasa seperti demam urat. Badan juga turut lemah dan jika ditambah dengan sakit kepala macam saya, Allah...macam nak meletup kepala ” Gambaran pengalaman yang menakutkan dengan COVID-19 ini datang daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

 https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=1927836

Beliau didapati positif COVID-19 pada minggu ke-2 bulan Januari 2021.

Pengalaman pesakit COVID-19 diseluruh dunia yang berjaya melawan virus tersebut, sembuh dan masih hidup hari ini mengambarkan kesakitan yang dahsyat sekali.

https://www.voanews.com/science-health/coronavirus-outbreak/covid-19-patients-share-stories-suffering-hope-and-despair

Bernama hari ini ( 3hb Feb 2021) melaporkan bahawa pelabur antarabangsa telah mengeluarkan pelaburan bernilai sebanyak RM535.5 juta dari bursa saham Malaysia pada minggu lepas. Ini adalah kerana mereka khuatir kerana ada kemungkinan proses memberi vaksin COVID-19 akan memakan masa yang lama dan secara langsung akan menjejaskan proses pemulihan ekonomi dunia. Proses pemulihan ekonomi Malaysia juga akan turut terjejas.

https://www.bernama.com/en/business/news.php?id=1927608

Dua peristiwa seperti yang disebut diatas adalah contoh bagaimana seriusnya kesan wabak COVID.19 kepada kesejahteraan rakyat dan kepada ekonomi.

Dalam usaha memerangi wabak ini, apakah isu yang wajib diberi perhatian dan tumpuan? Supaya kita tidak lupa, apakah yang sudah dibuat atau sudah dimaklumkan oleh kerajaan, marilah kita mengimbas kembali beberapa perkara yang penting.

Populasi atau penduduk Malaysia untuk tahun 2020 telah dianggarkan dalam lingkungan 32.7 juta orang. Pernah dilaporkan bahawa negara seperti Britain akan beri setiap warga negaranya sebanyak 2 dos vaksin Pfizer-BioNTech. Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham sudah memaklumkan bahawa jenis vaksin yang akan diperolehi oleh Malaysia ialah Pfizer-BioNTech.

Kita perlu ambil tahu atau perlu ingat bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO) sehingga hari ini belum dapat menentukan tahap apa yang dinamakan ‘herd immunity’ untuk virus Corona (COVID-19). Walau bagaimanapun, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan menjangka vaksin akan diberi kepada 80% daripada warga Malaysia sahaja.

https://www.thestar.com.my/news/world/2021/02/02/study-suggests-pfizer039s-covid-19-vaccine-less-effective-against-south-african-variant

https://www.who.int/news-room/q-a-detail/herd-immunity-lockdowns-and-covid-19

https://codeblue.galencentre.org/2021/01/27/malaysia-targets-75000-daily-jabs-in-initial-covid-19-vaccine-rollout/

The Star hari ini melaporkan bahawa kerajaan Malaysia sudah membeli sebanyak 12.8 juta dos vaksin COVID-19. Namun, ianya hanya mencukupi untuk 6.4 juta rakyat Malaysia, termasuk 500,000 orang pekerja barisan hadapan. Dalam berita yang sama juga, dilaporkan bahawa kerajaan Malaysia komited untuk membeli 12.2 juta dos tambahan. Jika ini menjadi realiti, pembelian ke-2 ini akan mencukupi untuk 6.1 juta rakyat Malaysia. Ini adalah rancangan pemberian vaksin dalam fasa satu.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/02/02/first-batch-of-pfizer-vaccine-to-arrive-on-feb-26

https://www.nst.com.my/news/nation/2021/01/657961/500k-frontliners-receive-first-dose-covid-19-vaccine-q1-2021

Kesimpulan yang kita boleh buat, hasil daripada maklumat yang ada didomain awam sekarang ialah seperti berikut: Pertama sekali, berdasarkan anggaran penduduk Malaysia untuk tahun 2020 iaitu 32.7 juta orang. Vaksin yang telah dibeli dan sedang ditunggu untuk dihantar ke Malaysia, namun, lebih kurang 13.7 juta rakyat Malaysia tidak akan menerima vaksin percuma dari kerajaan ini dalam pemberian vaksin fasa satu (tahun 2021) dan mereka perlu tunggu sehingga 2022.

"Persoalannya sekarang, dimana kah kedudukan warga Sarawak dalam rancangan pemberian vaksin ini? Adakah warga Sarawak akan menerima layanan sama rata atau akan diabaikan?"

Dengan ini, sekali lagi kita menyeru kepada KM Datuk Patinggi Abang Johari dan kerajaan GPS Sarawak supaya bertindak sekarang. Belilah vaksin COVID-19 sekarang sebelum keadaan di pasaran menyukarkan usaha membeli vaksin tersebut. Jika bergantung dengan sepenuhnya kepada kerajaan persekutuan, mungkin akan membawa kesan yang tidak diingini. Kesihatan dan kesejahteraan rakyat Sarawak mungkin terjejas dengan teruk dan usaha untuk memulih ekonomi negeri menjadi lebih sukar.

Kita tidak ingin melihat satu orang pun anak Sarawak mengalami kesakitan seperti yang dialami oleh Hamzah Zainuddin. Kita juga tidak mahu anak Sarawak menambahkan kepada statistik kemiskinan atau tidak mampu keluar dari kategori B40 kerana sumber pendapatan telah hilang akibat wabak COVID-19. Beribu warga Sarawak pada masa kini  sedang menghadapi masalah besar dalam usaha mencari barang makanan dan keperluan harian yang mencukupi untuk keluarga mereka dan keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlarutan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/02/03/thousands-on-brink-of-starvation-in-sibu-says-dayak-group/

No comments:

Post a Comment