Monday, February 15, 2021

Bernasib Baik - Kata-kata yang sering disalahgunakan ( Bahasa)

Bernasib Baik - Kata-kata yang sering disalahgunakan



“Sarawak bernasib baik kerana mempunyai kuasa untuk membuat keputusan sendiri, sesuai dengan keadaan semasa tempatan dan tidak semestinya mengikuti keputusan daripada kerajaan persekutuan yang mungkin tidak mempunyai kepentingan terhadap negeri Sarawak”

Kata-kata tersebut dikaitkan dengan CM Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, dan ianya  merujuk kepada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Sarawak untuk menghentikan penyebaran Covid-19 di negeri ini. Beliau bercakap mengenai 'kuasa' yang diberikan oleh kerajaan negeri Sarawak berdasarkan Fasal Jadual Kesembilan (7) dalam Senarai Bersama dalam perlembagaan persekutuan. Beliau terus mengatakan bahawa perkara tersebut adalah hak (kuasa) yang harus dilindungi oleh rakyat Sarawak pada  masa depan.

https://www.newsarawaktribune.com.my/sarawak-fortunate-to-have-autonomous-powers/

"Kata-kata tersebut mencetuskan pertanyaan kepada saya, “Adakah Abang Johari sengaja membingungkan pemikiran beliau sehingga sejarah yang amat jelas yang telah dinyatakan dalam sejarah Sarawak di Malaysia dibuat seakan-akan ianya tidak berlaku? Atau, adakah beliau benar-benar tidak mengetahui mengenai sejarah Sarawak di Malaysia serta tidak tahu mengenai inisiatif yang telah dimulakan oleh parti-parti politik dan masyarakat sivil di Sarawak untuk menuntut semula hak-hak Sarawak? Hak-hak yang bukan sahaja tidak dapat dicabar tetapi juga dilindungi oleh kerajaan persekutuan tanpa rakyat Sarawak mengambil tindakan yang boleh dianggap bersifat konfrontatif seperti berusaha meminda perlembagaan persekutuan atau mencari pembelaan dan keadilan melalui proses mahkamah"

Pembentukkan Malaysia yang berlaku kerana adanya gabungan Sarawak, Sabah dan negeri-negeri persekutuan Tanah Melayu menjadi rakan setaraf di Malaysia dan dari formula rakan setaraf itu, persekutuan Tanah Melayu seharusnya mengalirkan semua kuasa yang diperlukan oleh Sarawak untuk mengawal sumber semula jadi dan pentadbiran negeri. Status tersebut ditegaskan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) semasa Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan persekutuan. 

https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/2019/04/MA63_S.pdf

https://www.theborneopost.com/2016/02/21/adenan-great-defender-of-sarawaks-rights/

Pada 16 September 2012, ketua-ketua parti PKR, DAP dan PAS peringkat negeri Sarawak PKR,DAP telah melancarkan Pengisytiharan Kuching atau Kuching Declaration (dalam bahasa Inggeris) di Chonglin Park, Kuching. Pengisytiharan itu dibuat demi menyahutakan panggilan dan seruan daripada anak Sarawak supaya status rakan kongsi setaraf Sarawak didalam Malaysia dikembalikan.  Pada 6 May 2014, satu titik sejarah telah dicatatkan di DUN Sarawak apabila DUN Sarawak sebulat suara bersetuje untuk menuntut 20% royalti minyak daripada kerajaan pusat. Itu merupakan sebilangan kecil tindakan diambil untuk menuntut semula hak Sarawak yang terhakis kesan daripada pindaan perlembagaan pada 1976 oleh Barisan Nasional. Pindaan perlembagaan pada 1976 tersebut telah menyebabkan penurunan status Sarawak daripada ‘rakan sama-rata dengan Malaya’ dalam menubuhkan Malaysia kepada negeri ‘biasa’ di Persekutuan Malaysia.

https://en.wikipedia.org/wiki/Kuching_Deklarasi

https://www.nst.com.my/news/politics/2019/03/467786/pbb-and-supp-supported-1976-constitutional-amτρο-chong

Bagaimana perkara tersebut (pindaan) berlaku? Secara ringkasnya, ianya berlaku kerana adanya persetujuan dari Ahli Parlimen Sarawak dalam Barisan Nasional. Dua tahun sebelumnya, kerajaan persekutuan, iaitu melalui Akta Pembangunan Petroleum 1974 telah berjaya mengambil alih kawalan penuh terhadap sumber minyak dan gas Sarawak. Kerajaan Persekutuan berjaya mengambil alih tanpa tentangan sedikitpun  daripada Ahli Parlimen dari Sarawak yang majoritinya dari BN.

Sebenarnya, terdapat peluang besar bagi Ahli Parlimen GPS (BN yang dijenamakan semula) dari Sarawak untuk menuntut kembali perkara tersebut pada Mei 2019 ketika pindaan perlembagaan untuk mengembalikan hak Sarawak dan Sabah sebagai rakan setara dibentangkan di parlimen. Namun, mereka gagal berbuat sedemikian untuk rakyat Sarawak apabila pada masa itu mereka, bersama rakan baharu mereka dalam kerajaan persekutuan PN (UMNO & PAS) ambil keputusan untuk tidak menyokong pindaan tersebut.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/04/10/golden-opportunity-lost-for-sabah-and-sarawak-to-regain-status-says-liew

Maksudnya di sini adalah: Sarawak seharusnya mempunyai kuasa dalam menentukan hala tujunya. Namun, semua itu tidak lagi berlaku kerana kerajaan pusat yang dibantu oleh wakil rakyat Barisan Nasional Sarawak merampas kuasa yang diberikan kepada Sarawak seperti yang tercatat pada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Kehilangan kuasa telah menyebabkan Sarawak berada dalam kedudukan 'bernasib baik' dengan hanya sekadar menikmati sisa kuasa, yang berasal dari senarai bersama dalam perlembagaan persekutuan. Tegas disini, itu bukanlah satu keadaan yang boleh dianggap beruntung atau satu keadaanyang bolih dipanggil bernasib baik.

Abang Johari sebagai KM Sarawak merangkap ketua gabungan GPS seharusnya mohon maaf kepada warga Sarawak kerana telah biar Sarawak kekal dalam keadaan atau posisi yang sangat malang ini. Sangat tidak patut beliau cuba menerima kepujian untuk hak yang sebenarnya tidak wujud dengan sepenuhnya seperti yang termaktub di MA63. Sarawak seharusnya memiliki hak atonomi yang penuh dan bukan hak ‘semadi nadai’ seperti hak yang tertulis didalam senarai bersama (concurrent list) perlembagaan persekutuan.

No comments:

Post a Comment