Monday, July 12, 2021

Gabungan Parti Sarawak (GPS) - ULUN MALAYA

 Gabungan Parti Sarawak (GPS) - ULUN MALAYA

 *Skroll Untuk Bahasa Melayu*






(Bahasa Iban)

Diatu maioh Yb ari GPS, kelebih agi sida ke nyadi wakil ADUN menua pesisir kala madah ngagai rayat ba endur sida ia senentang sida ba Malaya din udah enda nguli Sarawak agi. Perintah GPS ia ke diketuai Abang Johari madahka diri udah mujur ngelaban Malaya ianya pasal ngambi baru hak ba MA63 kelebih agi bagi isu autonomi. Tang, kebendar ia, utrai ke disebut sida nya semina jaku kusung serta jaku bula aja. Utai ke amat, GPS Sarawak semina nyadi Ulun Malaya, enda lebih enggau enda kurang ari nya.

 Ba isu minyak & gas, Petronas agi megai kuasa penuh ngagai sumber minyak enggau gas Sarawak laban akta parlimen (Petroleum Development Act 1974) agi diguna nyentuuka saritu. Kepala Menteri Abang Johari madahka Sarawak mujur ngulihka “ganti rugi” ari Sales & Service Tax (SST) ngagai asil minyak enggau gas enggau kadar 5%. Diatu kitai udah masuk ngagai tengah taun 2021 lalu kitai nadai ninga rita sida Petronas mayar SST maya bagi taun 2020. Dua iti konsesi gas on-shore ia ke baru diberi ari Petronas ngagai Petros kala dipungkar kompeni minyak jepun tang sida mutus ati deka mulaika baru konsesi nya ngagai Petronas laban udah sida mansik, telaga gas nya tadi enda chukup dikena sida ngaga kerja pengeluaran tauka ngeluarka asil.

Projek andau Batang Lupar enggau Projek Sabah Sarawak Link Road ia ke nelan belanja berbilion ringgit ia ke patut dipelanja perintah persekutuan Perikatan Nasional, tang diatu, projek nya nyau dipelanja GPS Sarawak.

Ai Sarawak ia ke baruh akta parlimen Territorial Sea Act 2012 agi bekuatkuasa enggau perintah GPS nadai ngeluarka siti jaku nyakal utai tu ba parlimen. Danji PM Muhyiddin ia ke deka ngrembaika Sarawak ngena chara meri autonomi, tang semua nya semina danji kusung.

Bisi mega ADUN GPS madah sepengudah sida menang PRN 2016, sida udah ngaga master plan tauka pelan ke besai ungkup pasar ba alai endur sida bediri. Pelan besai ke digaga sida nya keno ke ngambi masa 10 taun deka nyadi. Amat manah pelan sida nya, tang kebendar ia, ba dalam kandang 10 taun nya, sida kebendar deka nyadi Yb ba alai endur sida bediri sekurang-kurangnya 2 penggal. Siti penggal, 5 taun. Dua penggal, 10 taun. Kesemua projek ke deka digaga ba kawasan sida semina nguntungks sida empu aja, secara langsung enggau enda langsung.

Utai ke terang ulih dipeda kitai diatu, perintah GPS meri sukung penuh ngagai perintah ia ke masuk nengah jalai pintu belakang ianya perinntah persekutuan Perikatan Nasional (PN). Perintah PN ianya perintah ke nadai bulih mandat ari rayat lalu pekara tu nyau ngujungka utai digaga sida ba parlimen nyau enda dikarapka rayat. Perintah PN ianya perintah ke enda stabil, nya meh kebuha perintah tu semampai kena ancaman, ancaman ari kaban sida ia empu ia ke semampai nganti peluang deka ngaga maioh peminta ia ke semina mai penyenang enggau penguntung ngagai sida ia empu aja.

Dinga kita rayat Sarawak, kelebih agi rayat ke diau ba pesisir, buka meh utai ke mampul mata kita ia ke GPS tu( suba BN Sarawak) nyau udah ngindik pala kitai. Peda enggau mata kitai empu, berunding enggau runding ke tebuka enggau peda meh pemula wakil rayat enggau perintah GPS.

Aram meh kitai beserakup ngemaduka GPS megai perintah Sarawak. Aram meh kitai beserakup nguburka sida sebedau sida ngubur ke kitai dulu.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

(Bahasa Melayu)

Gabungan Parti Sarawak (GPS) - ULUN MALAYA

Sekarang ramai Yb dari GPS, terutama sekali yang mewakili kawasan ADUN di luar bandar berkata kepada rakyat dikawasan mereka bahawa era Malaya buli (membuli) Sarawak sudah berakhir. Kerajaan GPS yang diterajui Abang Johari sudah berjaya menentang Malaya dalam isu MA63 terutama dalam isu autonomi mereka kata. Namun apa yang mereka kata itu semua nya percakapan kosong dan pembohongan semata-mata. Yang nyata, GPS Sarawak hanya ulun Malaya. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

Dalam isu minyak & gas, Petronas masih mempunyai kuasa penuh keatas sumber minyak & gas Sarawak kerana akta parlimen Petroleum Development Act 1974 masih berkuatkuasa dengan sepenuhnya. Ketua Menteri Abang Johari kata Sarawak berjaya dapat ‘ganti rugi’ melalui Sales & Service Tax (SST) keatas produk minyak dan gas dengan kadar 5%. Sekarang kita sudah masuk pertengahan kedua tahun 2021 dan belum ada khabar berita Petronas sudah membayar SST untuk tahun 2020. Dua konsesi gas on-shore yang baru baru ini diberi oleh Petronas kepada Petros pernah diterokai oleh syarikat minyak Jepun tetapi mereka mengambil keputusan untuk menyerah balik konsesi tersebut kepada Petronas kerana data penemuan dari usaha mereka menunjukan bahawa telaga gas dikedua konsesi itu tidak mencukupi untuk melaksanakan kerja pengeluaran.

Projek jambatan Batang Lupar dan projek Sabah Sarawak Link Road yang mana kos nya berbilion ringgit dan yang sepatutnya dibiayai kerajaan persekutuan Perikatan Nasional sekarang dibiayai kerajaan GPS Sarawak.

Perairan Sarawak dibawah akta parlimen Territorial Sea Act 2012 masih berkuatkuasa dan kerajaan GPS Sarawak langsung tidak menyuarakan sebarang bantah di parlimen. Janji-janji PM Muhyiddin untuk memperkasakan Sarawak melalui pemberian autonomi semua nya janji janji kosong.

Terdapat juga ADUN GPS yang berkata sebaik saja mereka menang dalam PRN 2016 mereka telah menyediakan master plan atau pelan induk untuk pekan utama dikawasan mereka. Pelan induk mereka dikatakan memerlukan jangka masa 10 tahun untuk direalisasikan. Bukan main cantik lagi pelan mereka, tetapi kebenaran dibelakang jangka masa 10 tahun ialah mereka berhasrat jadi Yb di kawasan itu sekurang-kurangnya selama dua penggal. Satu penggal, 5 tahun. Dua penggal 10 tahun. Segala projek yang dilaksanakan di kawasan mereka menguntungkan mereka sendiri, secara langsung atau tidak langsung.

Yang kita boleh lihat dengan terang sekali sekarang ialah sokongan padu yang diberikan oleh kerajaan GPS Sarawak kepada kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional (PN) diperingkat persekutuan. Kerajaan PN sekarang ialah kerajaan yang tidak mempunyai mandat dari rakyat dan kelebihan mereka diparlimen sangat diragukan. Kerajaan PN merupakan kerajaan yang tidak stabil dan oleh kerana itu kerajaan ini terdedah kepada ancaman dalaman, ancaman dari rakan kongsi yang sentiasa menunggu peluang untuk membuat pemintaan yang cuma membawa kebaikan atau keuntungan untuk mereka sendiri sahaja.

Wahai rakyat Sarawak, terutama sekali rakyat dikawasan luarbandar/pesisir, buka lah penutup mata yang GPS (dulu BN Sarawak) telah letak keatas kepala kita. Tengok dengan mata sendiri, fikir dengan minda yang terbuka dan lihat lah pembohongan wakil rakyat dan kerajaan GPS.

Mari lah kita bersama-sama menamatkan riwayat GPS sebagai kerajaan Sarawak. Marilah kita sama sama kuburkan mereka sebelum kita dikuburkan oleh mereka.

 

No comments:

Post a Comment